Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran 2016 Online

Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2016 Online. Dikongsikan dari FB Darul Quran JAKIM, permohonan bagi pengambilan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz al-Quran akan dibuka secara online atas talian bermula dari 8 Februari 2016. Untuk makluman, program Diploma Tahfiz Al-Quran ini mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ).

Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran 2016 Online

Syarat-syarat kelayakan dan maklumat permohonan secara ringkas adalah seperti berikut :-
Diploma Tahfiz Al-Quran 2016 Online

Kelayakan Masuk
Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:

  • a) Warganegara Malaysia
  • b) Belum berkahwin
  • c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
  • d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam :
  • i) Bahasa Melayu
  • ii) Pendidikan al-Quran an Sunnah atau Pendidikan Syariah
  • iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikas
  • iiv) Gred C untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, atau; Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengannya serta:
  • v) Lulus temuduga. Calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
  • Calon-calon yang sedang mengikuti Diploma Tahfiz Al-Quran di mana-mana Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri, adalah tidak layak memohon.
Sistem Pengajian
Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 3 tahun (6 semester). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:

i) Kursus Teras Darul Quran - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian Darul Quran.
ii) Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
iii) Kursus Syukbah - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan iaitu :
a) Syukbah Qiraat
b) Syukbah Dakwah
c) Syukbah Syariah
d) Syukbah Hadith
e) Syukbah Muamalat


Biasiswa akan diberikan kepada pelajar yang layak.

Jadual Pengambilan Pelajar 
jadual pengambilan Diploma Tahfiz Al-Quran 2016 Online

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di iklan permohonan di Darul Quran JAKIM.

Semoga berjaya buat semua pemohon Diploma Tahfiz Al-Quran 2016 Online.

0 comment... add one now