Permohonan Biasiswa YWP Yayasan Wilayah Persekutuan 2016

Permohonan Biasiswa YWP Yayasan Wilayah Persekutuan 2016. Anda seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran pengajian tinggi ke Universiti Awam (UA/ IPTA) tahun 2016 ini? Dikongsikan dari Laman Web Rasmi Yayasan Wilayah Persekutuan, YWP mempelawa calon-calon yang berkelayakan daripada Anak-Anak Wilayah Persekutuan untuk memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP bagi melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di IPTA/ UA secara sepenuh masa. 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Februari 2016 (Kemasukan Feb / Mac) & 12 Ogos 2016 (Kemasukan September) dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Borang Permohonan Biasiswa YWP 2016  


Biasiswa YWP adalah terbuka kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi  (IPT) Awam peringkat ijazah pertama sahaja.

  • Sila klik YWP dalam PDF untuk memuat turun Borang Permohonan
Permohonan Biasiswa YWP

Syarat Am Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat am yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum memohon :-
  1. Pemohon warganegara Malaysia, lahir  dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL/ Putrajaya / Labuan)
  2. Pemohon / Ibu / Bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan
  3. Pengajian di peringkat ijazah pertama sahaja
  4. Mempunyai sahsiah diri dan personaliti yang baik
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain
Tawaran adalah tertakluk kepada :
  1. Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam
  2. Kemasukan ke semester 1, tahun 1
  3. Pengajian secara sepenuh masa 

Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan. Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga :
cara pengiraan pendapatan

Program Pengajian 

Berikut pula adalah Program-program pengajian yang layak untuk penajaan:-
  1. Undang-Undang
  2. Perakaunan
  3. Kejuruteraan
  4. Senibina
  5. Ukur Bahan
  6. Veterinar
  7. Perakaunan/ Kewangan
  8. Teknologi Komputer dan Maklumat
  9. Ekonomi
  10. Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaan
  11. Psikologi dan Kaunseling
  12. Sains Gunaan
  13. Sains Sosial
  14. Bidang-bidang yang diputuskan layak oleh YWP

Cara Buat Permohonan 

Berikut dikongsikan panduan dan cara-cara buat permohonan. 
  1. Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam huruf besar.
  2. Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.
  3. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-
  • Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
  • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada  yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA.
Keputusan / transkrip peperiksaan :
  • SPM
  • STPM, Matrikulasi, Asasi, Pra-Universiti, Foundation dan Diploma.
  • Surat sokongan daripada pemimpin masyarakat setempat. 

Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari
maklumat yang diberi tidak benar. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga. Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

 

Selamat memohon kepada pelajar yang berminat untuk mendapatkan Biasiswa YWP Yayasan Wilayah Persekutuan 2016. Semoga berjaya.

Sumber

0 comment... add one now