Nota Sejarah PT3 Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Parti Komunis Malaya

Nota Sejarah PT3 Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Parti Komunis Malaya Dan Darurat. Berikut dikongsikan Nota Sejarah PT3 Tingkatan 3 Bab 3 bertajuk Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat. Untuk nota sejarah yang lain sila klik Idea Berita Nota Sejarah.

BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

(1)   Pengusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis
1.    Komunisme diasaskan oleh Karl Marx
2.    Komunisme memperjuangkan
        i. masyarakat tanpa kelas,
       ii. memiliknegarakan tanah dan perindustrian.
3.    Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa  menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia.


Ancaman Parti Komunis Malaya dan darurat
(a)   Cara penyusupan Komunis
1.    melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.
2.    sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan   sekerja, persatuan, kelas malam dan penerbitan.
3.    Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI)
4.     Orang Melayu tidak tertarik dgn komunis kerana bertentangan dgn agama Islam dan adat resam.
5.    Komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan.
6.    Komunis  guna kekerasan dan kezaliman.

(b)    Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)
1.    Tahun 1930, PKM ditubuhkan.
2.    PKM melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja.
3.    Cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal.
4.    Antara kegiatan PKM;
       i. pengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang dan kilang.
       ii. galakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai.
       iii. lancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu.
5.    Mogok di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor.
6.    Pemimpin terlibat dgn mogok dihantar pulang ke China.
7.    Pemimpin PKM ditahan.
8.    PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun.
9.    Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
10.    PKM bentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
11.    British bekalkan senjata kepada pasukan tersebut melalui Force 136.
12. Selepas perang tamat, British meminta MPAJA dibubarkan dan serahkan semula senjata
13. MPAJA enggan dan menyembunyikan sebahagian daripada senjata
14.    Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar sebanyak $350.00 serta menerima satu beg beras daripada pihak British.
15.    PKM menyusup dalam kesatuan sekerja
16.   PKM terlibat secara aktif dalam kegiatan politik.

(c)    Keganasan komunis
1.    PKM hadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia diadakan di Calcutta, India.
2.    Persidangan galakkan parti komunis adakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
3.    PKM menubuhkan unit gerila -  Malayan Races Liberation Army (MRLA).
4.    PKM mulakan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah.

(2)    Langkah Membanteras Ancaman Komunis
(a)    Pengisytiharan darurat
1.     Komunis bunuh tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.
2.    Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent
        isytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
3.   British  kuatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 (boleh menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam komunis dan membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman)
(b)    Pengharaman Parti Komunis Malaya atau parti berhaluan kiri
1.    Parti Komunis Malaya  diharamkan
2.    Pengharaman parti politik berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PKMM) dan Hisbul Muslimin.
(c)    Memperbesarkan pasukan keselamatan
1.    Memperbesarkan pasukan tentera dan polis.
2.    Pasukan polis disusun semula dan diperbesarkan
3.    Bawa masuk askar dari negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji)
4.    Tubuhkan pasukan Home Guard di peringkat kampung
5.        Penubuhan pasukan Home Guard meniupkan semangat  mempertahankan negara.
6.    Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.
7.    Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap dengan bantuan Tentera Udara British.
(d)    Rancangan Briggs
1.    Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney  tahun 1950.
2.    Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs  menjadi Pengarah Operasi.
3.    Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru.
4.    Penempatan semula digelar “kampung baru”.
5.    Bertujuan menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis.
6.    Melumpuhkan gerakan Min Yuen.
7.    Setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru
8.    Kampung baru dilengkapi dengan kemudahan asas
9.    Kampung baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constable (SC).
10.    Di kampung baru, setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan
11.     Melaksanakan program “Gerakan Kelaparan”. bagi memastikan komunis tidak mendapat sebarang makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan.
12.    Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
13.    MCA menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan didermakan kepada penduduk setinggan Cina.
14.    Sekatan jalan raya diadakan utk cegah  makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan  komunis.
15.    Sistem pendaftaran kebangsaan bagi mengawal pergerakan penduduk.
16.    Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih diberi kad pengenalan - membezakannya dengan pengganas komunis.
17.    Rancangan Briggs melumpuhkan rangkaian gerakan PKM.
18.    Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan untuk mengurangkan kekejaman dan berundur ke selatan Thailand.

(e)    Perang Saraf
1.    Menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati dan fikiran”.
2.    Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu
3.    Sir Henry Gurney mati dibunuh dalam satu serangan hendap ketika perjalanan ke Bukit Fraser.
4.      Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan  Sir Henry Gurney.
5.    Sedari kekerasan dan senjata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.
6.    Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
7.    Membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis.
8.    Risalah menentang komunis diedarkan.
9.    Timbulkan kebencian terhadap komunis.
10.    Rela hati tawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis
11.    Perkenalkan konsep kawasan hitam dan  putih.
-    Kawasan hitam ialah  kegiatan pengganas komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung.
-    Kawasan putih ialah kawasan yang telah diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis.
12.    Bagi menarik sokongan orang Cina, Templer melonggarkan syarat kewarganegaraan.
13.    Menaikkan jumlah hadiah kepada penduduk yang dapat menangkap atau memberi maklumat tentang gerila komunis.
14.    Langkah kerajaan menentang komunis diuar-uarkan oleh sultan dan menteri besar setiap negeri.
15.    Sultan Pahang ingatkan rakyat jangan terpedaya dengan janji komunis.
16.    komunis dianggap  pengkhianat negara.
17.    Menteri Besar Pahang ingatkan orang ramai supaya tidak melupakan kekejaman komunis
18.    Dato’ Onn Ja’afar menyeru  rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis
19.    Kerajaan  menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis
20.    Kerajaan kuatkuasakan peraturan catuan bekalan makanan.
21.    Pengganas komunis terpaksa bercucuk tanam
22.    Pasukan keselamatan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut.

(f)    Pengampunan beramai-ramai
1.    Kerajaan menawarkan pengampunan bagi menggalakkan pengganas komunis menyerah diri.
2.    Risalah dan pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil.

(g)    Pertemuan Baling
1.    Parti Perikatan kemukakan manifesto menjanjikan kemerdekaan segera serta menamatkan darurat.
2.    Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan komunis
3.    Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan.
4.    Pada 28 dan 29 Disember 1955, pertemuan di Baling, Kedah.
5.    Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata dan menyerah diri.
6.    Chin Peng mengenakan syarat iaitu PKM akan meletakkan senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.
7.    Pertemuan gagal - Tunku enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng.
8.    Tanah Melayu capai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum ditamatkan.
9       Dengan kemerdekaan Tanah Melayu, pengaruh komunis semakin lemah.
10.    Darurat tamat pada 31 Julai 1960.

(3)    Kesan Darurat
a)    Politik
1.    Kuatkuasakan Undang-undang Darurat
2.    Bendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri.
3.    Longgarkan syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu supaya tidak memihak komunis.
4.    Percepat langkah taraf berkerajaan sendiri
5.    Sebelum Pertemuan Baling, British janji menyegerakan pemberian kemerdekaan
6.    Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)  menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik berhaluan kanan.
7.    Mengikis pandangan negatif yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis.
b)    Ekonomi
1.    Kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara.
2.      Wang banyak digunakan untuk memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis dan Home Guard.
3.    Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan luar bandar.
4.    Kerajaan kurang memberi perhatian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kerana menumpukan pembangunan di perkampungan baru.
c)    Sosial
1.    Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis dan orang awam terkorban.
2.    Membawa kesengsaraan
3.    Penduduk menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh bekalan makanan.

0 comment... add one now