Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM

Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM. Anda sedang membuat permohonan ke UA melalui UPU Online? Sebagai panduan, berikut adalah kategori permohonan untuk Permohonan UPU 2016 online seperti dikongsikan dari Laman Web UPU di bawah Kategori Permohonan. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/My Kad sahaja. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

Kategori Permohonan UPU

KATEGORI PERMOHONAN UPU IKUT KELAYAKAN

Berikut adalah kategori permohonan mengikut kelayakan dan tahun :-

PEMOHON LEPASAN SPM/SETARAF

1. Kategori A 

  • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja.

2. Kategori B 

  • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2014 atau 2013.

3. Kategori C 

  • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

4. Kategori D 

Pemohon yang menggunakan keputusan; 
  • SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013
  • SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014
  • SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015

PEMOHON LEPASAN STPM/SETARAF   

  1. Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2015.
  2. Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2015.

PELAJAR MATRIKULASI KPM/ PASUM/ ASASI UiTM

  1. Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
  2. Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  3. Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
  4. Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
  5. Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
  6. Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.   

LEPASAN DIPLOMA/SETARAF    

1. Kategori E 

  • Aliran Sastera.

2. Kategori F 

  • Aliran Sains
  • Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
  • Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2013 atau sebelumnya atau,
  • Lulusan STPM Ulangan atau,
  • Lulusan Matrikulasi Sesi 2014/2015 dan sebelumnya atau Lulusan Asasi Sesi 2014/2015 dan sebelumnya atau,
  • Lulusan STAM tahun 2012 dan sebelumnya atau,
  • Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
  • Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

LEPASAN STAM    

Kategori T 

  • Pelajar Lepasan STAM tahun 2014 atau 2015 sahaja.

Selamat memohon dan semoga berjaya buat semua pemohon UPU Lepasan SPM/ STPM.   

0 comment... add one now