Tunku Jalil Mangkat 5 Disember 2015

Tunku Jalil Mangkat 5 Disember 2015. Berita sedih buat rakyat Johor apabila Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Laksmana Johor ataupun lebih dikenali sebagai TJ telah mangkat pada jam 710 malam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Berikut diantara makluman yang dibuat tentang kemangkatan Tunku Jalil di laman sosial.

Berita sedih kemangkatan Tunku Jalil telah dikongsi di laman sosial oleh mereka yang rapat dengan Kerabat DiRaja Johor iaitu Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram milik beliau dengan menulis :-
"Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak saudara saya, Jalil yang baru mangkat kembali ke rahmatullah...al-Fatihah,"
Sementara itu adinda Almarhum, Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman pula memuatnaik gambarnya bersama Almarhum dengan kapsyen, 'al-Fatihah'.

Tunku Jalil Mangkat
YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor dilahirkan pada 5 Julai 1990. Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil merupakan anak ke-4 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sering menjadi perhatian ramai terutama rakyat Johor. Tunku Jalil bersifat berjiwa rakyat dan amat di senangi ramai orang ramai dek kerana keramahan, kemesraan dan senyuman yang terukir di wajahnya.

Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015. Ucapan tulus ikhlas dari pasukan Johor Darul Ta'zim, pengurusan dan kakitangan Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Southern Tigers Sdn Bhd dan para penyokong Harimau Selatan. Al-Fatihah. FB Johor Southern Tigers

0 comment... add one now