Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016. Umum sedia maklum yang Kerajaan tidak akan memberikan Bonus sebaliknya hanya akan membuat pembayaran imbuhan khas (Bantuan Khas Kewangan) sebanyak RM500 seperti diumumkan dalam pembentangan Bajet 2016 Malaysia pada 23 Oktober yang lalu. Pembayaran bantuan khas yang juga dianggap 'bonus ' ini adalah bertujuan untuk meringankan taraf kos hidup yang semakin meningkat. Pesara kerajaan juga akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.

bayaran pemberian khas kakitangan kerajaan 2016

Berikut adalah Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016 buat panduan kakitangan dan pesara kerajaan yang akan menerima bayaran pada Januari 2016 nanti :-


  • Tarikh Bayaran : 4 Januari 2016
  • Jumlah Pemberian Khas : RM500 (Kakitangan Kerajaan) & RM250 (Pesara Kerajaan)

Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016 ini dapat membantu menampung perbelanjaan kehidupan yang semakin meningkat kini disamping dapat menambah gaji bulanan terutama pada bulan Januari 2016 nanti.

0 comment... add one now