Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016

Jadual KPTN Karnival Jom Masuk U 2016. Apakah kursus atau program yang akan diambil untuk permohonan UPU 2016? Jika anda masih tercari-cari kursus atau maklumat yang sesuai, anda patut mengunjungi Karnival  Pendidikan  Tinggi  Negara (KPTN) tahun 2016. KPTN atau Karnival Jom Masuk U kali ke 12 tahun 2016 akan diadakan  di  enam  (6)  zon mulai  Januari  hingga  April  2016. 

jadual karnival masuk u 2016
Dipetik dari Laman Web Rasmi UPU, objektif  utama pelaksanaan KPTN Jom Masuk U adalah seperti berikut:
  • i. Mempromosi   serta   menyebar   luas   maklumat   mengenai   program pengajian   sedia   ada   serta   program   baru   yang   ditawarkan   oleh Universiti  Awam  (UA),  Politeknik,  Kolej  Komuniti,  ILKA,  Bahagian Matrikulasi (BMKPM) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2016/2017;
  • ii. Mendidik   dan   memupuk   kesedaran   di   kalangan   pemohon   dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA melalui UPU Online.
  • iii. Menyampaikan   maklumat   mengenai   pelaksanaan   dasar   pemilihan kemasukan  ke  UA  yang  mengguna  pakai  90%  markah  akademik  dan 10% markah kokurikulum; dan
  • iv. Memotivasikan    dan    mendidik    pemohon    dalam    menyebar    luas maklumat  mengenai  peluang  pendidikan  tinggi  di  IPT,  Politeknik  dan ILKA   dalam   negara   serta   agensi   lain   yang   berkaitan   dengan pendidikan tinggi
Berikut adalah jadual, tarikh dan lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016 :-

KARNIVAL JOM MASUK U 2016

KAWASAN TARIKH NEGERILOKASI/ TEMPAT
Zon 130 - 31 Jan 2016ZON UTARA KedahPerkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
Perlis
Pulau Pinang
Perak
Zon 213 - 14 Feb 2016ZON PANTAI TIMURDataran DABS, Kampus Gong Badak, UNISZA, Kuala Terengganu, Terengganu
Terengganu
Kelantan
Pahang
Zon 320 - 21 Feb 2016ZON SELATANPERSADA, Johor Bahru, Johor
Johor
Melaka
Zon 45 - 6 Mac 2016SABAHOne Borneo Mall, Kota Kinabalu, Sabah
Sabah
WP Labuan
Zon 519 - 20 Mac 2016SarawakPullman Hotel & Hill Shopping Mall, Kuching, Sarawak
Zon 602 - 03 Apr 2016ZON TENGAHDataran Gemilang, UKM, Bangi, Selangor
Selangor
Perak (Selatan)
WP (KL & Putrajaya)
Negeri Sembilan

Semoga dengan penganjuran Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016 Jom Masuk U ini dapat membantu pelajar dalam memilih kursus pengajian yang sesuai di UA nanti.

0 comment... add one now