Tema Maulidur Rasul 2016/ 1438 H Dan Tarikh

Tarikh Dan Tema Sambutan Maulidur Rasul 2016/ 1438 H. Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Pada tarikh ini lahirlah Nabi Muhammad SAW yang merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Sambutan Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Maulidur Rasul 2016

Tema Maulidur Rasul 2016/ 1438 H Dan Tarikh Sambutan

Berikut adalah Tema Maulidur Rasul 2016/ 1438 H Dan Tarikh Sambutan. Maulidur Rasul adalah cuti umum buat rakyat di Malaysia.

  • Tarikh Maulidur Rasul : 12 Disember 2016 (Isnin)
  • Tema : Akan dikemaskini

Untuk makluman, sambutan Maulidur Rasul telah disambut 2 kali pada tahun 2015 iaitu pada tarikh-tarikh berikut :-
  1. 1436H jatuh pada 3 Januari 2015
  2. 1437H jatuh pada 24 Disember 2015
Pada tahun 2015, Tema Sambutan Maulidur Rasul 1436H & 1437H adalah
“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

Sambutan Maulidur Rasul

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. 

Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

2 comments.. read them below or add one

aRz MoHa aRz MoHa December 01, 2015
semoga kita mengikuti dan menyebarkan sunnah rasulullah kepada orang islam dan juga bukan islam
Sentiasa Panas Sentiasa Panas December 04, 2015
Semoga dengan kahadiran hari keramat ini, umat Islam akan bersatu dan berjaya menentang pihak jahat yang berkepentingan..