Semakan BR1M 2017 Status Permohonan Dan Rayuan

Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan. Pasti ramai yang ingin mengetahui adalah mereka layak menerima BRIM 2017. Status Permohonan BR1M kini boleh disemak dengan mudah secara online di laman web Bantuan Rakyat 1Malaysia (e-BR1M). Berikut dikongsikan cara membuat semakan status BR1M 2017. Tarikh pembayaran boleh dirujuk di Jadual Pembayaran. Buat mereka yang gagal, permohonan rayuan akan dibuka pada masa yang akan diumumkan kelak.

status BR1M 2017

Semakan BR1M 2017 Status Permohonan Dan Rayuan

Semakan keputusan Permohonan BR1M 2017 boleh disemak menggunakan Kad Pengenalan MyKad (12 Digit) sahaja.
Isikan No KP. Contoh: 860424035123 dan hantar
Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online. Sumber :-

Semakan Status Permohonan BR1M Online

  1. Diterima  :  Permohonan Telah Didaftar
  2. Dalam Proses  : Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  3. Ditangguhkan : Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
  4. Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Lain-Lain Kaedah Semakan BR1M 2017

Selain semakan secara online, semakan status BR1M juga boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semakan Melalui e-Mail

  • Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

2. Semakan Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

Tahniah kepada yang berjaya.
Semoga pemohon dapat menggunakan bantuan yang diterima dengan berhemah.

0 comment... add one now