Semak Markah Koko Pelajar Online

Semak Markah Koko Pelajar Secara Online. Markah Kokurikulum atau Markah Koko adalah penting buat semua pelajar. Sistem Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum 10 % Online Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sebuah sistem Semak Markah Koko Pelajar Online yang sistematik yang dibangunkan khas untuk para guru merekodkan penilaian markah kokurikulum bagi pelajar lepasan PT3, SPM, STAM dan STPM. 

Untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), penilaian sebanyak 10% markah kokurikulum adalah antara syarat permohonan UPU kemasukan ke IPTA (UA).  Ianya juga penting buat pelajar untuk memohon kemasukan ke MRSM atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP) walaupun kriteria keputusan peperiksaan masih diutamakan.

Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online


Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat kini, anda boleh membuat semakan markah kokurikulum di applikasi semakan di bawah ini. Sila berhubung terus dengan guru kokurikulum di sekolah anda sekiranya
terdapat sebarang kemusykilan berkenaan markah yang anda perolehi.

  • Applikasi semakan Markah Koko (Kokurikulum) Pelajar Online - Klik KOKO

Semoga applikasi online yang canggih ini dapat membantu pelajar atau guru untuk mengetahui markah Koko pelajar dengan cepat.

0 comment... add one now