Semak Keputusan Dan Permohonan erayuan SBP 2016

Semakan Keputusan Dan Permohonan erayuan SBP 2016. Buat pemohon dari Darjah 6 dan Tingkatan 3 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh 2016, tiba masanya untuk anda membuat semakan keputusan tawaran SBP samada berjaya atau tidak. Berikut adalah maklumat penting berkenaan dengan Semakan Keputusan Dan Permohonan erayuan SBP 2016 untuk panduan pemohon.


Permohonan erayuan SBP 2016

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN SBP ONLINE

Tingkatan 1
  • TARIKH RASMI SEMAKAN   : 14 Disember 2015 (Isnin) hingga 6 Januari 2016 (Rabu)
  • APPLIKASI SEMAKAN    Semakan SBP 2016
Tingkatan 4  

ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA

Berikut adalah arahan penting kepada pemohon yang berjaya.

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.
Permohonan e-Rayuan SBP 2016
Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?

  1. Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
  2. Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.

Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman
penawaran kepada murid yang berjaya.

Cara Buat Permohonan e-Rayuan Online Dan Cara Semak Keputusan  e-Rayuan SBP 2016
1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  1.     Masuk ke laman sesawang: Semakan Keputusan SBP
  2.     Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  3.     Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  4.     Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  5.     Klik pada e-rayuan
  6.     Hantar
2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:
  1.     Masuk ke laman sesawang: Semakan Keputusan SBP
  2.     Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  3.     Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  4.     Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  5.     Klik pada e-rayuan
  6.     Hantar

Semakan Keputusan e-rayuan SBP Tingkatan 4 

Dua kaedah semakan keputusan telah disediakan kepada mereka yang ingin membuat semakan keputusan erayuan SBP 2016 Tingkatan 4 iaitu melalui online dan applikasi Mobile seperti berikut :-
  • Tarikh Semakan : 15 Mac hingga 25 Mac 2016 

1. Semakan Online

2. Semakan Melalui Applikasi Mobile

Aplikasi Mobile Semak T4SBP telah disediakan buat pengguna peranti Android bermula 15 Mac - 25 Mac 2016. Pemohon boleh memuat turun/ download aplikasi mobile ini melalui pautan berikut :-

Aplikasi ini boleh digunakan oleh pengguna pada peranti Android secara PERCUMA. 


Semoga berjaya buat pemohon ke SBP 2016 semua.
Sumber : Panduan Malaysia

0 comment... add one now