Cara Buat Aduan Ke SKMM Isu Telekomunikasi

Adakah anda tahu yang anda boleh membuat aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jika menghadapai masalah berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia (telcos) anda? YA, isu-isu perkhidmatan telcos yang sering dihadapi oleh pengguna telco yang TAK PUAS HATI seperti masalah di bawah ini boleh diadukan ke SKMM secara online.
  1. Caj Bil Tinggi ?
  2. Kualiti Liputan 😐?
  3. Perkhidmatan tidak memuaskan 😐?
  4. SMS & MMS tidak diminta 😠?
  5. Promosi tidak benar 😞?
Ini adalah antara masalah yang biasa dialami oleh pengguna telcos. 
aduan cfm skmm

Jika ada isu tidak dapat diselesaikan dengan syarikat telco anda, anda boleh ajukan aduan ke portal aduan rasmi @cfm_malaysia di url berikut :


Portal Aduan CFM atau CFM Complaint Portal (CoP) adalah sistem pengurusan bagi aduan yang masih belum diselesaikan dengan objektif membantu pengguna melaporkan aduan yang masih belum diselesaikan mengenai perkhidmatan komunikasi & multimedia mereka. Portal ini membantu pengguna, pegawai CFM dan wakil pemberi perkhidmatan menyelesaikan aduan tersebut tanpa penglibatan pihak luar.

CoP dibangunkan menurut Kod Amalan Pengguna Am atau GCC, yang menggunakan prosidur standard dalam mengendalikan aduan dan pertikaian pelanggan.

Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan mengenai perkhidmatan komunikasi & multimedia, sila kemukakan maklumat-maklumat yang diperlukan di Laman Web yang tersenarai di atas ini.


SUMBER FB SKMM


0 comment... add one now