Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Tarikh Bayaran BR1M 2017. Berikut adalah tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi e-BR1M. Pembayaran 2017 kali ini akan dibuat dalam ansuran bayaran 3 kali. Pada tahun sebelum ini, bayaran telah di buat sebanyak 4 kali ansuran. Untuk makluman, permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017 boleh mula dibuat secara online dan manual dari 5 hingga 31 Disember 2016.

Tarikh Bayaran BR1M 2017

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut adalah senarai jadual pembayaran BR1M 2017 untuk semua kategori penerima.

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200

  • Daftar Borang eKasih
  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400
  • Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400
  • Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400
  • Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400
  • Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300
  • Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM300
  • Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM300

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2017 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016)
 Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

Kaedah Pembayaran BR1M 2017

1. Akaun Bank

  • Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon. 

2. Baucar BR1M

  • Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Hotline BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, anda boleh menghubungi:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my
 
Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran BR1M 2017 ini boleh dijadikan panduan dalam merancang aktiviti kewangan tahun 2017.

0 comment... add one now