Konsep Dan Rekabentuk Stadium Baru JDT Di Nusajaya

Peminat bolasepak Negeri Johor sedia maklum yang sebuah stadium bolasepak baru JDT akan dibina di Nusajaya dan pembinaan stadium baru JDT ini telah dinyatakan dalam Bajet Johor 2016. Berikut adalah Konsep Dan Rekabentuk Stadium Baru JDT seperti dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers. Stadium baru JDT ini berciri menarik, moden dan lengkap dengan banyak kemudahan.
Stadium Baru JDT 1


BAJET 2016 AGENDA 2: DASAR JOHOR PRIHATIN
Institusi Awam – Stadium
44. Menyediakan tanah untuk dipajakkan bagi pembinaan sebuah stadium bola sepak di Nusajaya. Ia akan merangkumi komponen seperti stadium yang berkapasiti antara 40 hingga 45 ribu penonton, ruang-ruang perniagaan serta kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

LAKARAN STADIUM BARU PASUKAN JDT

Menjunjung titah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, merangkap Penaung DiRaja Persatuan Bolasepak Negeri Johor, saya akan melaporkan perkembangan berkenaan stadium baru Johor Darul Ta'zim. Segala aspek stadium baru tersebut, termasuk konsep, rekabentuk dan kemudahan akan diwar-warkan di laman ini untuk tatapan dan makluman para penyokong JDT sekalian dari masa ke semasa.

Seperti yang dapat dilihat dalam lakaran yang disertakan, rekabentuk luaran stadium adalah berkonsep moden dan kemas. Bahagian luar stadium akan terdiri daripada permukaan yang diterangi lampu LED yang boleh bertukar warna. Kemudahan-kemudahan yang berkaitan termasuk tempat duduk penyokong yang selesa, ruang niaga di stadium dan juga ibu pejabat PBNJ.

DYAM Tunku Mahkota Johor dan seluruh pengurusan PBNJ sentiasa berusaha sedaya upaya serta sepantas yang mungkin untuk melancarkan segala proses pembangunan stadium baru ini. Sukacita juga dimaklumkan bahawa sementara proses pembinaan stadium baru dijalankan, kita masih akan meneruskan penyelenggaraan dan menambah baik Stadium Larkin.

YB Dato Haji Ismail Bin Karim, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor

GAMBAR STADIUM BARU JDT

* kredit Johor Southern Tigers
Stadium Baru JDT 2

Stadium Baru JDT 2

Stadium Baru JDT 3

Stadium Baru JDT 4

Stadium Baru JDT 5

Stadium Baru JDT 6

Rekabentuk Stadium Baru JDT

Dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers, rekabentuk Stadium Sultan Ibrahim Larkin telah disahkan oleh pihak Pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim. Pembinaan stadium baru JDT ini akan bermula dalam masa yang terdekat. Berikut gambar/ lakaran stadium canggih ini :-
Stadium Sultan Ibrahim Larkin 1
Stadium Sultan Ibrahim Larkin 2
Stadium Sultan Ibrahim Larkin 3
Stadium Sultan Ibrahim Larkin 4

 

1 comment... add one now