Permohonan UPU 2017/ 2018 Online IPTA Politeknik Dan ILKA

Permohonan UPU 2017/ 2018 Online IPTA Politeknik Dan ILKA. Berikut adalah info penting mengenai Permohonan UPU secara online untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2017/2018. Permohonan kemasukan juga di buka ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2017. Tarikh permohonan di buka akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari UPU.

  • Tarikh Permohonan UPU Di Buka pada tahun 2016 adalah dari 18 Januari hingga 5 April 2016

Permohonan UPU 2017/ 2018 Online IPTA Politeknik Dan ILKA

Permohonan UPU 2017/ 2018 Online IPTA Politeknik Dan ILKA akan dikemaskini dari masa kesemasa. Jangkaan tarikh dibuka adalah pada awal bulan Januari 2017. Sebagai panduan dan rujukan, berikut dikongsikan informasi permohonan untuk tahun lepas.

Sistem Permohonan UPU Ke IPTA Politeknik Dan ILKA Sesi 2016/ 2017 Online akan dibuka dan PIN Unik ID BSN akan mula di jual pada tarikh seperti berikut :-
  • Tarikh Buka Permohonan : 18 Januari 2016 (Bermula 1200 tengahari)
  • Tarikh Tutup : Jualan PIN UPU ditutup pada 4 April 2016 jam 1145 malam. Tarikh tutup permohonan UPU pada 5 April 2016 (Jam 400 petang)


permohonan upu kemasukan ke ipta 2016

Cara Memohon ke IPTA menerusi UPU

Permohonan ke IPTA, Politeknik & ILKA melalui UPU hanya boleh di pohon secara online. Berikut adalah cara-cara membuat permohonan kemasukan :-


Cara Membuat Permohonan Menerusi UPU
LANGKAHPERKARA
LANGKAH PERTAMABeli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara. Tarikh 18 Januari hingga 4 April 2016.Cara beli klik PIN UNIK UPU BSN
Semak syarat kelayakan minimum dan khas kursus di Sistem e-MAS
Kategori AUntuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
Harga No. Unik ID Kategori A ialah 15.64 termasuk GST
Kategori BUntuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.64
LANGKAH 2Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:http://upu.mohe.gov.my/web/ 
Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama permohonan.Tarikh tutup permohonan : 5 April 2016 (400 petang)


Syarat Am Permohonan

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA (akan dikemaskini dari masa kesemasa) adalah seperti berikut :-

Syarat-Syarat Am

PROGRAMSYARAT AM
A. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf 1. Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP dan My Kad sahaja
2. Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013 dalam peperiksaan SPM.
3. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang    dinyatakan    dalam    SYARAT    KHAS PROGRAM   e-Panduan Permohonan  Kemasukan  ke  UA  dan Politeknik  Premier  bagi  Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
4. Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja
Semua program pengajian di UiTM; Asasi UIAM, Asasi Sains UM,
Asasi UNIMAS dan Asasi UMS
5. Program   pengajian  Asasi Pengajian Islam UM, Asasi dan Diploma UPM dan UPNM, Tahmidi USIM, Asasi UKM, UUM dan Diploma  UPSI,  UTHM,  UMT,  UTeM,  UMP,  UniMAP,  UniSZA  dan Politeknik Premier  terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
B. Program Lepasan STPM/Setaraf1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
2. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
3. Pemohon  mestilah Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)
dengan mendapat  kepujian  dalam  mata  pelajaran  Bahasa  Malaysia/  Bahasa Melayu  dan  lulus  dalam  mata  pelajaran  Sejarah  mulai  tahun  2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; dan
4. STPM : Lulus STPM dengan mendapat  sekurang-kurangnya PNGK  2.00 dengan  Gred  C  dalam  3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
5. Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
6. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
7. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi ; atau
8. STAM : Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM ; atau
9. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
10. Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
11. Mendapat  sekurang-kurangnya  Tahap  1  (Band  1) dalam  Malaysia Universiity English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku. 

 

Kategori Permohonan

Kategori permohonan untuk semua pemohon adalah seperti berikut (Akan dikemaskini dari masa kesemasa):

Kategori Permohonan Ikut Kelayakan

Kategori PermohonanJENIS
Pemohon lepasan SPM/Setaraf1. Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja. 
2. Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2014 atau 2013.
3. Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
4. Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015
SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015
SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014
Pemohon lepasan STPM/SetarafKategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2015.
Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2015.
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTMKategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi BMKPM.
Lepasan Diploma/Setaraf Kategori E • Aliran Sastera.
Kategori F • Aliran Sains:
Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2012 atau sebelumnya atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Lulusan Matrikulasi Sesi 2013/2014 dan sebelumnya atau,
Lulusan STAM tahun 2011 dan sebelumnya atau,
Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
Lepasan STAMKategori T - Pelajar Lepasan STAM tahun 2014 atau 2015 sahaja.
Terbuka kepada Warganegara Malaysia  dan  Penduduk  Tetap  yang mempunyai No.KP/My Kad sahaja
Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

Pilihan Program UPU Online

pilihan program upu online

Cara Hubungi UPU Untuk Maklumat Terkini, Lengkap Dan Tepat

Sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.moe.gov.my/web/.

Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
* Maklumat Permohonan UPU Ke IPTA Politeknik Dan ILKA Sesi 2016/ 2017 Online di atas akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada sebarang perubahan.
Sumber

0 comment... add one now