Permohonan Kemasukan Maktab Tentera DiRaja MTD 2017 Online

Permohonan Kemasukan Maktab Tentera DiRaja MTD 2017 Online. Berita baik nuat pelajar PT3 2016, permohonan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Sesi 2017 kini telah di buka untuk permohonan. Permohonan Kemasukan Putera 2017 Secara Online ini dibuka seperti tarikh berikut :-

Tarikh Permohonan : Di buka dari 5 Ogos 2016 sehingga 30 November 2016

CARA BUAT PERMOHONAN KEMASUKAN PUTERA MTD 2017 SECARA ONLINE


  • Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian melalui laman web www.rmc.edu.my
  • Tarikh tutup permohonan ialah 30 November 2016.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-89465565/03-89655562.

Permohonan MTD 2017 Online

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2016.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  1. a. Warganegara Malaysia.
  2. b. Jantina - Lelaki.
  3. c. Tinggi Minimum - 152 sm.
  4. d. Berat Minimum - 40.5 kg.
  5. e. Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27.
  6. f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  7. g. Penglihatan - baik  dan  tidak  rabun  warna.  (Jika  berkaca  mata hendaklah tidak melebihi 6/12).
  8. h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  9. i. Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Permohonan boleh dibuat namun keputusan sama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan
  10. j. Keutamaan  diberi  kepada  calon  yang  aktif  dalam  sukan,  kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
  11. k. Calon-calon  yang  layak  akan  dimaklumkan  status  permohonan  mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
  12. l. Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu  kedua Januari  2017,  manakala  bagi  calon-calon  dari  Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2017.
  13. m. Hanya  calon  yang  berjaya  dalam  temuduga akan  ditawarkan  mengikut pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2017.
Selamat membuat Permohonan Kemasukan Maktab Tentera DiRaja MTD 2017 Online. Tahniah kepada yang berjaya.

0 comment... add one now