Kesan Peningkatan Suhu Terhadap Alam Sekitar

Skema jawapan Geografi. Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar.

Kesan Peningkatan Suhu Terhadap Alam Sekitar

 

a. kesan terhadap alam sekitar fizikal

• Penggurunan

  • apabila suhu meningkat proses luluhawa fizikal akan meningkat, struktur tanah menjadi peroi dan longgar dan ini akan meningkatkan hakisan layangan angin. Di kawasan gurun kombinasi antara lulu hawa fizikal dan hakisan layangan angin membolehkan kawasan pinggiran gurun membesar. Contohnya di Gurun Sahel.

• Peningkatan aras laut/air

  • akibat pencairan ais meningkatkan paras laut dan meningkatkan kadar hakisan ombak di pinggir pantai

• Kemusnahan sistem ekologi

  • tumbuhan, hidupan laut/ plankton dan polip karang

• Menganggu keseimbangan hidrologi

  • kadar sejatan yang tinggi dan cepat akan menyebabkan fenomena kemarau, paras air sungai menyusut, paras air tanah menurun dan tanih kehilangan kelembapan dengan ketara

• Mengganggu kelembapan atmosfera

  • seterusnya mewujudkan udara kering. Peningkatan suhu sekitar lazimnya menyebabkan cuaca menjadi panas. Di bandar fenomena pulau haba berlaku terutama di bandar-bandar besar 
skema jawapan geografi

b. Kesan terhadap alam sekitar manusia

• Ketidakselesaan/dehidrasi

  • kehilangan air dari badan secara berlebihan menyebabkan badan cepat letih dan tidak bermaya

• Penyakit

  • suhu meningkat menyebabkan penyebaran penyakit misalnya taun dan denggi

• Menjejaskan kegiatan pertanian

  • mengurangkan bekalan makanan kerana produktiviti pertanian khususnya padi sawah akan terjejas

0 comment... add one now