Harga Minyak Januari 2017 Petrol Dan Diesel Terkini

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 1 Januari 2017. Berapakah harga minyak buan Januari 2017? Berikut adalah harga terkini minyak petrol RON 95 dan RON 97 serta Diesel untuk bulan Januari 2017 untuk panduan semua. Harga runcit rasmi Petrol RON95 (Tanpa subsidi), RON97, Diesel bulan Januari 2017 akan diumumkan pada hari terakhir bulan Disember iaitu pada hari Sabtu, 31 Disember 2016

  • Turun dan naik harga minyak petrol dan diesel di Malaysia adalah ditentukan melalui sistem apungan terurus, Jika harga minyak mentah di pasaran dunia naik, maka harga minyak juga akan naik. Begitulah sebaliknya jika minyak turun.

 *Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan. 
Harga Minyak Januari 2017

Harga Minyak Januari 2017 Petrol Dan Diesel Terkini

 * Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Ahad, 1 Januari 2017, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Januari 2017 adalah seperti berikut. Harga akan dikemaskini sekitar jam 800 malam pada hari Ahad, 31/12/2016.
      • RON95 : * Naik 20 sen ke RM2.10 seliter (RM1.90 seliter)
      • RON97 : * Naik 15 sen ke RM2.40 seliter termasuk 6% GST (RM2.25 seliter)
      • DIESEL : * Naik 20 sen ke RM2.05 seliter (RM1.85 seliter)
      • EURO 5 Diesel : Naik 20 sen ke RM2.15 seliter (RM1.95 seliter)

      Harga dalam kurungan (  ) adalah harga bulan November 2016. Semoga harga terkini minyak akan berada pada tahap yang rendah serta berpatutan ketika kos sara hidup semakin meningkat kini.

      0 comment... add one now