Gangguan-Gangguan Terhadap Sistem Atmosfera Dan Perubahan Cuaca

Skema Jawapan Geografi. Huraikan gangguan-gangguan terhadap sistem atmosfera.

1. Letusan gunung berapi 

Pelbagai jenis gas dikeluarkan semasa letusan seperti karbon dioksida, hidrogen, sulfida, klorin, flurin yang mengandungi 65-95% wapair (stim) yang sangat panas. Sulfur dioksida terlarut dalam wap air menjadi asid sulfurik lemah yang membunuh tumbuhan di kawasan sekitarnya. Hujan yang turun menjadi berasid dan tanih menjadi tidak sesuai untuk kegiatan pertanian lagi

2. Aktiviti manusia

Berlaku pencemaran, pembakaran bahan api, penebangan hutan dan sebagainya

3. Menjadi Penebat

Bahan-bahan pencemar ini akan menjadi penebat kepada gelombang pendek (cahaya matahari) dari angkasa masuk ke atmosfera bumi dan juga menebat gelombang panjang (Bahang bumi) daripada keluar ke angkasa

Sistem Atmosfera


Putaran Bumi

Putaran bumi menyebabkan pembentukan angin timuran dan angin baratan dunia. Bagaimanakah angin-angin ini mengubah keadaan cuaca sesuatu kawasan?


1. Kejadian fros

  • Angin timuran kutub Utara menyebabkan fos di kawasan prairie Kanada tiba lebih awal musim bunga. Ini menyebabkan tanaman gandum rosak. Hal ini juga berlaku di kawasan penanaman anggur di Perancis

2. Hujan lebat

  • Pada musim angin monsun timur laut/angin timuran utara membawa hujan lebat ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Angin timuran selatan ke Bangladesh dan India, badai selari di pantai timur Johor 

3. Banjir dan kemarau

  • Angin timuran selatan menyebabkan keadaan kemarau di Equador dan hujan lebat di Asia Tenggara iaitu fenomena La Nina dan EL Nino

4. Ribut taufan dan tornado

  •  Taufan di kawasan lautan tropika dan tornado dilembangan Missisippi

5. Laut bergelora

  • Pertemuan angin timuran utara dan angin timuran selatan menyebabkan gelombang besar di Filipina dan hurikan di Amerika Tengah

Jelaskan bagaimanakah manusia menghadapi perubahan cuaca ini :-
  • 1. Projek sistem pengairan dan telaga
  • 2. Program sistem perparitan dan sungai
  • 3. Membuat kerja sampingan alternatif 
  • 4. Penyelidikan benih hadapi ancaman fros
  • 5. Projek pembenihan awan
  • 6. Stesen ramalan cuaca

Seorang peminat komputer, blogger dan dunia IT

Blogger
Leave A Reply

No comments