Cara Solat Sunat Dhuha Lengkap Dengan Doa

Cara Solat Sunat Dhuha Lengkap Beserta Doa Dan Bacaan Rumi. Berikut dikongsikan cara-cara mengerjakan solat dhuha beserta doa dan bacaan dalam rumi. Moga ianya bermanfaat. Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT.

CARA SOLAT SUNAT DHUHA DAN DOA

Daripada Zaid bin Arqam RA bahawa ia telah melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat Dhuha. Lalu ia berkata :
 Apakah mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang Dhuha diwaktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda, sembahyang orang-orang yang bertaubat itu ialah ketika anak-anak unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan).
cara solat dhuha
Huraian Hadith:
  1. Umat Islam perlu bersungguh-sungguh melakukan ketaatan terhadap perintah-perintah Allah.
  2. Amal ibadat yang dilaksanakan dengan kesungguhan dan keikhlasan akan membentuk jati diri muslim yang sejati.
  3. Sembahyang sunat Dhuha boleh dilakukan ketika naiknya matahari sehinggalah condongnya, tetapi afdhal sekiranya dilakukan ketika matahari betul-betul naik dan bersangatan panas.
  4. Hikmah disunatkan sembahyang Dhuha ketika matahari bersangatan panas, ialah untuk mengelakkan waktu yang diharamkan sembahyang, seperti terbitnya matahari.

PANDUAN DAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 

  • 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

 

2) Waktu : 

  • Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

3) Niat Solat Sunat Dhuha:

niat solat dhuha rumi

Niat dalam Rumi : 

 Ussolli sunatan dhuha raqataini lilahita’ala.

Maksudnya

 "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

4. Surah-Surah

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
  • a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

    i.  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
    ii.  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
    iii.  Al-lail dan Al-Insyirah.

  • b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

    i.  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
    ii.  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim).

5) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


bacaan sujud dhuha


6) Bertasbih 10 kali selepas memberi salam

bacaan tasbih dhuha


7) Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
 “Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik) Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah,
dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.” 

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Dhuha

Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.
Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani)

Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)


Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga. Rasulullah SAW bersabda: 


 “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”

Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.

SUMBER : JAKIM, Masjid WP, Panduan Malaysia, Albakriah wordpress & Shafiqolbu

0 comment... add one now