Permohonan Dan Semakan Keputusan GIATMARA 2017 Online

Borang Permohonan Kemasukan Ke GIATMARA Online. Permohonan adalah dipelawa untuk pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti program latihan sepenuh dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan sesi Januari dan Julai 2017.

Permohonan GIATMARA Online

Borang Permohonan Kemasukan Ke GIATMARA 2017 Online

1. Program Sepenuh Masa

Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online di Borang Online GIATMARA

2. Program Separuh Masa

Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi  borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

3. Senarai Kursus GIATMARA

Senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti di (Senarai Kursus).

4. Senarai Lokasi GIATMARA

Senarai lokasi GIATMARA berhampiran anda (Lokasi GIATMARA ).
Sila buat semakan MANUAL PERMOHONAN secara online bagi mengelakan permohonan tidak lengkap.

Apa Itu Giatmara?

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.  

Semakan Keputusan Ke GIATMARA Januari 2017

Keputusan kemasukan ke Giatmara akan diumumkan pada 16 Januari 2017

Selamat memohon kepada pelajar lepasan SPM ke Pusat GIATMARA di Malaysia.

Seorang peminat komputer, blogger dan dunia IT

Blogger
Leave A Reply

No comments