Borang Permohonan BR1M 2017 Online. Permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) boleh dibuat secara online dalam talian atau secara manual (Borang Permohonan BR1M 2017). Tarikh permohonan baru dan kemaskini adalah bermula dari 5 Disember sehingga 31 Disember 2016. Permohonan kemas kini maklumat BR1M adalah untuk penerima BR1M yang sediada.
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
Selamat membuat permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017. Tahniah kepada yang berjaya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2017.
Pendaftaran BR1M 2017 boleh dibuat bermula 5 hingga 31 Disember 2016
Cara Buat Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2017
Untuk makluman, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank bagi membolehkan urusan pembayaran BR1M menjadi lancar. Pemohon baru pula perlu membuat pendaftaran BR1M 2017 untuk untuk layak menerima bantuan. Tarikh pembayaran BR1M 2017 boleh dirujuk di BR1M 2016 6.0.Permohonan Secara Online
Bagi permohonan baru atau kemaskini BR1M 2017 secara online, pemohon boleh melayari Portal Rasmi eBR1M LHDN Malaysia seperti berikut :-Permohonan Secara Manual
Permohonan baru dan kemaskini borang boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2017 secara percuma di link download di bawah ini :-Penghantaran Borang
Borang BR1M 2017 yang telah lengkap diisi boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
- Pejabat Daerah/ Pejabat Residen
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
- Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)
- Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
- Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan)
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi talian hotline BR1M 2017 di bawah ini :-- TALIAN HOTLINE LHDNM 1-800-88-2716 (BR1M)
- TALIAN HOTLINE KEMENTERIAN KEWANGAN 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Selamat membuat permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017. Tahniah kepada yang berjaya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2017.