Bajet Johor 2016 Pendidikan Berkualiti Dan Pembangunan Swadaya Insan

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 

Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Teras 6 :  MENERUSKAN AGENDA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN PEMBANGUNAN SWADAYA INSAN


Bajet Johor 2016 Pendidikan Berkualiti


TERAS KEENAM: MENERUSKAN AGENDA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN PEMBANGUNAN SWADAYA INSAN
AGENDA 1: JOHOR BERKEMAHIRAN
Pelan Induk Pembangunan Kemahiran
97. Merangka Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Johor (Johor Skill Masterplan).
Pembiayaan Kemahiran
98. Menubuhkan Tabung Latihan Kemahiran Johor dengan tujuan menampung sebahagian pembiayaan pelbagai kursus kemahiran khususnya kepada peserta-peserta kursus kemahiran yang telah memperoleh pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Memberi geran bernilai RM2,000 seorang kepada 4500 calon yang layak dengan syarat mereka perlu mengikuti kursus tersebut di institusi-institusi dalam Negeri Johor
- RM 10 juta
Unit Swadaya Insan
99. Menubuhkan Unit Swadaya Insan Negeri Johor sebagai Pusat Sehenti (OSC) atau pusat maklumat yang menguruskan penyelarasan rancangan, pelaksanaan inisiatif serta memberikan tumpuan kepada isu penawaran dan permintaan sumber manusia di Negeri Johor termasuklah menjadi perantara agensi kerajaan dengan sektor swasta dan pihak pelabur.
Program Kembara Kerjaya
100. Meneruskan (tahun ketiga) Program Kembara Kerjaya yang diadakan
di daerah-daerah terpilih dengan tujuan memberi maklumat pembangunan dan peluang-peluang kerjaya di Negeri Johor
- RM 200 ribu
Pembiayaan Pendidikan
101. Menambah peruntukan Pinjaman Pendidikan YPJ bagi memberi manfaat kepada 500 mahasiswa baharu dengan jumlah keseluruhan
- RM 3 juta
Rebat Pinjaman Pendidikan
102. Memberikan rebat 20% bagi pelangsaian Pinjaman Pendidikan YPJ secara penuh - RM 1.5 juta
Tuisyen Sekolah Menengah YPJ
103. Menjalankan program intervensi pendidikan bagi pelajar tingkatan 5 melalui program Tuisyen YPJ untuk subjek Sains dan Matematik Tambahan - RM 1.2 juta
Prasarana Pendidikan
104. Pembukaan Kampus Induk Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
di Bandar Akademi YPJ, Kota Tinggi berharga RM 120 juta, mula beroperasi pada awal 2016 dan Fasa Pertama kemasukannya menempatkan 2,500 orang mahasiswa.
Program Kepimpinan Pelajar
105. Mengadakan program Kepimpinan Generasi Ta’zim (Summer Camp) melalui YPJ - RM 400 ribu
Program Bio-Talent
106. Meneruskan Program Bio-Talent Johor bagi meningkatkan kebolehpasaran dalam industri bioteknologi dengan sasaran melatih 2000 orang pelajar, graduan, belia dan lepasan sekolah di 20 buah syarikat - RM 607 ribu
Duta Jauhar
107. Meneruskan (Siri Tiga) Program Duta Jauhar di bawah fokus melahirkan lebih ramai generasi social enterprenuer – RM 1.5 juta
Tabung Pendidikan Peringkat Sarjana
108. Menyumbang RM10 ribu seorang kepada 30 mahasiswa yang mengikuti program Ijazah Sarjana melalui Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim - RM 300 ribu
Pembinaan Kapasiti Kakitangan PBT
109. Memperluaskan penyertaan kursus-kursus jangka pendek di universiti terkemuka oleh kakitangan kerajaan Negeri oleh PDT kepada kakitangan PBT – RM 400 ribu
Pengurusan Persatuan Belia
110. Meneruskan Skim Bantuan Belia untuk kegunaan pelbagai aktiviti belia serta urusan pengurusan persatuan dan pergerakan belia yang boleh dipohon melalui Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri Johor, Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Perbadanan Islam Johor – RM 4.3 juta
Bakat Bola Sepak Muda
111. Melaksanakan program pembangunan bola sepak belia peringkat akar umbi – RM 2.5 juta.
AGENDA 2: MENYUBURKAN KEHIDUPAN BERAGAMA DAN BERBUDAYA
5 inisiatif utama melalui pendekatan pendidikan agama:
Transformasi Pendidikan Agama
112. Perlaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Digital (PPBTD) yang akan mengetengahkan pendekatan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) berasaskan teknologi maklumat. Permulaan, 2 buah sekolah rendah agama dan 2 buah sekolah menengah agama melibatkan 155 orang pelajar dan 160 orang pelajar
- RM 5.5 juta

113. Meneruskan pembinaan 77 buah Sekolah Agama terbengkalai melibatkan 4 fasa yang akan siap secara berperingkat menjelang 2017 dengan sasaran 40 buah sekolah siap pada Disember 2016
- RM 168 juta
114. Meneruskan pemberian sumbangan RM 5 ribu kepada Badan Kebajikan di 564 Sekolah Agama Johor bagi tujuan menampung kos pengurusan dan pentadbiran sekolah – RM 2.82 juta
115. Menyelenggara Sekolah-sekolah Agama Gred A (pelajar melebihi
1,100 orang) - RM 4 juta
116. Menaikkan elaun bulanan kepada RM1,312 dan meneruskan pemberian imbuhan tahunan kepada 1850 guru KAFA di seluruh Johor (Guru KAFA turut menerima pemberian bonus setiap kali diumumkan
Kerajaan Negeri)
Warisan dan Budaya
117. Meneruskan Pentas Teater Karya Johor bantuan iaitu dana dan sokongan teknikal bagi tujuan pelaksanaan dan pementasan daripada sekretariat karya Majlis Kebudayaan Negeri Johor - RM 180 ribu
Festival Seni Muafakat Johor
118. Mengadakan acara tahunan Festival Seni Muafakat Johor yang terdiri daripada pelbagai aktiviti kebudayaan dan warisan seperti pertandingan kompang, zapin, tarian tradisi Cina dan tarian tradisi India bagi memartabatkan seni budaya warisan negeri Johor melalui
Yayasan Warisan Johor (YWJ) – RM 800 ribu
Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa
119. Menyediakan pelan halatuju (roadmap) dan kajian kesesuaian ke arah menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa oleh YWJ.

0 comment... add one now