Bajet Johor 2016 Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Johor

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 

Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Teras 2 : Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Johor


Bajet Johor 2016


TERAS KEDUA: MERANCAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI JOHOR
AGENDA 1: PELAN PERTUMBUHAN STRATEGIK EKONOMI JOHOR
45. Perlaksanaan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor yang melakar visi strategik dan komprehensif pembangunan di Negeri Johor secara keseluruhan bermula Januari 2016 - RM 3 juta

Setiap daerah di Johor akan dibangunkan mengikut kekuatan setempat dan lapangan kebitaraannya (niche area):
a) Johor Bahru – Pembuatan dan Perdagangan Antarabangsa
b) Mersing –Pelancongan dan Perikanan
c) Kluang – Eko-pelancongan dan Pertanian
d) Kulai – Informasi dan Teknologi Komunikasi
e) Pontian – Eko-pelancongan dan Perikanan
f) Kota Tinggi – Pelancongan, Pertanian serta Minyak & Gas
g) Batu Pahat – Pembuatan dan Pemprosesan
h) Muar – Hab Pendidikan dan Kemahiran
i) Ledang – Pelancongan dan Pembuatan Ringan
j) Segamat – Pertanian
AGENDA 2: WAQF SEBAGAI INSTRUMEN BAHARU EKONOMI, PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN
Tabung Waqf
46. Penubuhan Tabung Waqf Rakyat Johor, akan diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) yang akan dilantik sebagai Nazir Khas Pembangunan oleh MAINJ. Perbadanan Islam Johor Holdings (PIJH) akan menyuntik kepada Tabung Waqf Rakyat Johor – RM 5 juta
Sekolah Agama Waqf Antarabangsa
47. Sebuah sekolah agama Waqf pertama yang akan mengguna pakai sukatan kurikulum pembelajaran antarabangsa akan dibangunkan dengan kerjasama Fateh College dari Turki.
AGENDA 3: MEWUJUDKAN CENTRAL BUSINESS DISTRICT (JBCBD)
DI DALAM BANDARAYA JOHOR BAHRU
48. Menyediakan Pelan Transformasi Central Business District (CBD) Johor Bahru oleh JCorp – RM 5 juta
Komponen utama ialah pembangunan Coronation Square melibatkan pembinaan pelbagai gedung komersial dan akan mendapatkan maklumbalas semua pemegang taruh dan masyarakat Johor Bahru sebelum fasa pembangunannya bermula.
AGENDA 4: REJUVENASI DESA JOHOR
Pelan Rejuvenasi Desa Johor
49. Menyediakan satu Pelan Komprehensif untuk Mencergaskan Rejuvenasi Desa Johor melalui kerjasama strategik dengan dan ditanggung kos sepenuhnya oleh Bait Al Amanah, institut pemikir milik UMNO Johor. Satu sumbangan UMNO Johor untuk rakyat negeri Johor.
AGENDA 5: MEWUJUDKAN ZON ANTARABANGSA
Pemilikan Hartanah Warganegara Asing
50. Mewujudkan Zon Antarabangsa bagi Koridor Pembangunan Selat Johor (KPSJ) bagi mengawal pemilikan hartanah oleh warganegara asing di Johor dan memastikan rakyat tempatan tidak terjejas dengan spekulasi harga hartanah serta memacu satu bentuk pembangunan yang memberi nilai tambah kepada Johor dan Malaysia. Pemilikan warganegara asing yang dibenarkan bagi pembangunan perumahan bertanah, strata bertanah dan komersial atau perdagangan di luar
Zon Antarabangsa hanya 10% hingga 30% sahaja tertakluk kepada kategori pembangunan hartanah.
Selain lima agenda besar di atas, Teras Kedua turut disokong oleh titik-titik sentuhan berikut:
Penubuhan dan Persempadanan Semula PBT
51. Tiga PBT iaitu MBJB, MPPG dan MPJBT akan disempadankan semula berkuatkuasa 1 Januari 2016 bagi mewujudkan sistem penyampaian PBT yang diperkemas dan lebih sistematik.
Penubuhan PBT Pengerang
52. Mewujudkan satu PBT khusus bagi Pengerang bagi menyokong pertumbuhan dan pembangunan pesat Pengerang Intergrated Petroleum Complex (PIPC) dan kawasan sekitarnya. JCorp akan dilantik mentadbirnya sehingga suatu masa yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri kelak.
Ekonomi Bumiputera di Pengerang
53. Membangunkan Pusat Industri Bumiputera di Pengerang melalui PIJH yang terdiri daripada taman perindustrian ringan, sederhana dan berat dengan keluasan 877 ekar.
Infrastruktur – Projek Kerajaan Persekutuan.
54. Antara projek besar di bawah RMK-11 yang telah diluluskan dan boleh menjadi ikon kawasan:
i. Pembangunan Landskap Perbandaran Batu Pahat – RM 10.5 juta
ii. Projek Taman Awam Tepian Sungai Muar – RM 11.25 juta
iii. Projek Taman Komuniti Kampung Melayu, Kluang – RM 3 juta
iiii. Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancong di Pekan Batu 4,
Kota Tinggi – RM 10.8 juta
Industri Perabot
55. Pembangunan Hub Industri Perabot dikenali sebagai Taman Perindustrian Kayu Muar (MTIP) di kawasan seluas 985 ekar berkonsepkan Kerjasama Awam Swasta (PPP) melibatkan JCorp, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Persatuan Perabot Muar (MFA) dan dijangka akan siap dalam tempoh 3 tahun. – RM 355 juta
56. Membina Pusat Pameran Antarabangsa Perabot Ledang secara penswastaan dengan dana mudahcara daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 14.68 juta.
Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa
57. Menubuhkan Johor Convention & Exhibition Bureau (JCEB) bagi merealisasikan Johor sebagai destinasi persidangan dan pameran bertaraf antarabangsa (MICE).
Pelancongan
58. Membangunkan prasarana pelancongan Mersing dengan 6 projek telah diluluskan di bawah RMK-11 - RM 80 juta
Dibawah Rolling Plan 1 (RP1) melibatkan Pembangunan Taman Pemprosesan Ikan Endau-Mersing dan Pembangunan Pelancongan Inap Desa (Homestay) Mersing. - RM 12.7 juta
59. Selari dengan Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor (2014-2023) Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru akan dijadikan antara lain pusat sehenti pelancongan, pusat penjualan cenderamata, platform pertunjukkan berjadual serta pusat mengetengahkan makanan dan busana warisan Johor.
Tranformasi Kota Tinggi
60. Selari dengan Pelan Transformasi Kota Tinggi, ia akan dibangunkan sebagai satu lagi produk pelancongan untuk Johor. Program Kembara Wangsa Kota Tinggi melibatkan pembangunan secara berperingkat di kawasan tapak sejarah sekitar pinggir Sungai Johor, dimulakan dengan menaiktaraf Balai Polis Lama Kota Tinggi menjadi Pusat Informasi Pelancongan – RM 2.5 juta
Infrastruktur Taman Negara
61. Menyelenggara dan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan di Taman-taman Negara di Johor merangkumi Taman Negara Tanjung Piai, Taman Negara Gunung Ledang, Taman Negara Endau Rompin (Selai) dan Taman Laut Sultan Iskandar - RM 2 juta
Agro-Pelancongan
62. Meningkatkan sektor agro-pelancongan iaitu perlancongan berasaskan pertanian – RM 1 juta
Pertanian
63. Inisiatif di bawah sektor pertanian:
i. Program Pertanian Rakyat – RM 200 ribu
ii. Program Galakan Usahawan Tani (PGU) – RM 3 juta
iii. Pemantapan kawalan penyakit dan kesihatan ternakan
- RM 1.8 juta
iiii. Pembangunan Industri Tanaman Makanan, Sayuran, Buah-buahan dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
v. Pembangunan Segamat Sebagai Daerah Industri Asas Tani. Permulaan, tanah seluas 702 ekar di Tebing Tinggi, Mukim Jementah melibatkan pembangunan usahawan tani dan projek agrotani dengan kerjasama JCorp – RM 9 juta

SUMBER : FB MB Besar Johor

0 comment... add one now