Bajet Johor 2016 Merancakkan Keusahawanan Johor

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 

Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Teras 4 :  Merancakkan Keusahawanan Johor 

Merancakkan Keusahawanan Johor

TERAS KEEMPAT: MERANCAKKAN KEUSAHAWANAN JOHOR BERASASKAN INOVASI DAN PENGETAHUAN
KEUSAHAWANAN JOHOR

Tapak Perniagaan
76. Melaksanakan program Bantuan Bertapak Usahawan atau (B.A.N.T.U) melibatkan 267 lot komersial EDC-SSI dan akan memanfaatkan 500 orang usahawan.
Usahawan Asnaf
77. Program Usahawan Asnaf MAINJ dengan kerjasama Entrepreneur Development Centre (EDC) - RM 1.85 juta
i. Membangunkan Bazar Usahawan Asnaf Zakat di setiap daerah, satu telah dibuka di PPR Sri Stulang, Johor Bahru
ii. Memberi bantuan strategi pemasaran produk dan perkhidmatan, suntikan modal permulaan dan latihan keusahawanan
iii. Mewujudkan sebuah Asnaf Mart Negeri Johor.
Latihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME)
78. Meneruskan program Bio-SME sebagai platform bagi syarikat–syarikat Bio-SME mendapat bimbingan melalui latihan khusus mendepani masalah seperti pengurusan risiko, akses pasaran dan pembiayaan bagi perniagaan berasaskan bioteknologi:
i. Program bimbingan dan program mentor untuk syarikat-syarikat Bio-SME yang terpilih
ii. Projek perintis Program Handholding untuk 10 syarikat Bio-SME yang akan beroperasi antaranya di Johor Biotech's Park
Bio Halal dan Makmal Halal
79. Membangunkan Hab Bio Halal melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), MAINJ dan JBiotech. Melibatkan dua inisiatif utama:
i. Membangunkan Roadmap
ii. Menubuhkan Makmal Halal bagi menyokong bermacam-macam keperluan oleh pelbagai industri di Negeri Johor - RM15 juta
Insentif Merancakkan Keusahawanan
80. Merancakkan aktiviti keusahawanan di negeri Johor melalui EDC
- RM 5 juta
i. Program Jejak Mini PKS dengan sasaran menemukan 130 usahawan dengan pelbagai agensi yang mencakupi 26 Parlimen;
ii. 4 pakej rangsangan mempromosi produk usahawan iaitu Video Usahawan, Buku Direktori Usahawan Negeri Johor, Anugerah Usahawan Johor dan slot Kad Bisnes di setiap daerah
iii. Program Pembangunan Usahawan Kemahiran bagi melahirkan 1,200 orang usahawan generasi baharu yang berkemahiran tinggi turut melibatkan institut dan kolej kemahiran di negeri Johor.
Usahawan Belia Islam
81. Mempertingkatkan Program Bantuan Usahawan Belia Islam (Skim Usahawan Belia, Penjaja Kecil, Youth Collective dan Tajaan Belia)
di bawah PIJ dengan sasaran 1,812 usahawan - RM 2.25 juta
Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
82. Tabung Industri Kecil dan Sederhana bagi memperluas promosi dan pemasaran produk-produk IKS Johor sehingga ke peringkat antarabangsa serta bantuan modal dan barangan kepada yang layak
– RM 2 juta
Kemudahan Usahawan Belia
83. Menjenama semula Pekan Rabu, Johor Bahru sebagai Hab Perniagaan Belia serta menawarkan kemudahan ruang perniagaan kepada usahawan belia sebagaimana di Bangunan EDC, Bandar Baru Uda.
84. Membangunkan 3 Inkubator Usahawan sasaran mewujudkan 94 unit pejabat kecil melalui PIJ – RM 4.5 juta
i. Stulang Baru (34 unit)
ii. Pasir Gudang (30 unit)
iii. Pengerang (30 unit)
Usahawan Bumiputera
85. Mengupayakan usahawan Bumiputera dengan sasaran melahirkan
30 syarikat dan usahawan berpotensi melalui aktiviti perniagaan yang dijana oleh Koridor Utiliti Johor Sdn Bhd.
Usahawan Luar Bandar
86. Melaksanakan program latihan kemahiran dan keusahawanan kepada penduduk dan usahawan tempatan luar bandar terutamanya di kawasan pesat membangun seperti Pengerang dan Desaru melalui KEJORA
- RM 8 juta
Tanah Pajakan Untuk Diusahakan
87. Mengenal pasti dan akan mempertimbangkan 21 lot tanah (97 ekar) untuk dipajak dan dimajukan oleh pelbagai usahawan dan koperasi di Johor melibatkan kerjasama strategik antara PDT dan EDC.
88. Menaiktaraf gerai-gerai dan pasar awam agar lebih mesra pengunjung, bersih, harmoni dan sistematik - RM 36 juta
Antaranya:
i. Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang – RM 1.2 juta
ii. Gerai dan medan selera di Mutiara Rini – RM 2 juta
iii. Gerai dan pasar awam di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru
- RM 5.4 juta


SUMBER : FB MB Besar Johor

0 comment... add one now