Bajet Johor 2016 Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 

Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Teras 3 :  Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup



Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup

TERAS KETIGA: MENANGANI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP
64. Pembukaan 20 rangkaian Kedai Harga Patut Muafakat Johor sebelum akhir tahun 2015 melalui imCoop iaitu Koperasi yang melibatkan 60 buah koperasi dengan keahlian seramai 40,000 keahlian. Ahli-ahli koperasi yang terlibat akan menikmati tambahan diskaun sebanyak 3% secara automatik. Tambahan 50 buah akan dibuka pada tahun 2016, mencakupi kawasan di luar Iskandar Malaysia.

Penyertaan Golongan Miskin Dalam Koperasi
65. Membayar saham keahlian kepada 6500 orang golongan miskin dan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka yang kurang berkemampuan berupaya menikmati manfaat harga patut serta diskaun 3% di Kedai Harga Patut Muafakat Johor - RM 1.3 juta
Merancakkan Aktiviti Koperasi Pelbagai Kaum
66. Menggalakan penggunaan instrumen koperasi dan konsep muafakat dalam keberdayaan ekonomi, diperuntukkan bagi penubuhan pelbagai koperasi berbilang kaum di Johor - RM 300 ribu
Koperasi Orang Asli
67. Julung-julung kalinya menubuhkan Koperasi Orang Asli Johor iaitu inisiatif social entreprise (dengan izin) bagi membangunkan cara hidup berkeusahawanan di kalangan orang asal – RM 200 ribu
Pembinaan Kapasiti Insan
68. Program Azam Kerja Muafakat Johor bagi membangun kapasiti dan menanam daya kebolehsaingan disasarkan kepada 250 orang dalam kategori 40 Terbawah (B40) - RM 1 juta
Pembasmian Kemiskinan
69. Pelbagai program pembasmian kemiskinan meliputi Program Usaha Meningkatkan Pendapatan 40 Terbawah (B40), Program Transformasi Minda Insan dan Pembangunan Modal Insan - RM 8.5 juta
Sumbangan Yayasan Pengerang
70. Menyalurkan kepada Yayasan Pengerang daripada hasil Tabung Sosial Pengerang bagi mengiatkan aktiviti sosio-ekonomi yang bermanfaat kepada penduduk – penduduk Pengerang – RM 500 ribu
Makanan Sihat Pelajar Miskin
71. Meneruskan bantuan makanan sihat kepada 10 ribu pelajar anak golongan miskin di Sekolah Rendah Agama Johor – RM 4 juta
Kebajikan Nelayan
72. Menggandakan (100%) bantuan kepada golongan nelayan yang terjejas kerana pelbagai aktiviti pembangunan dan penambakan di Selatan Johor kepada RM2000 seorang (bagi yang berdaftar dan layak).
Pertanian Kota
73. Memperkenalkan program Pertanian Kota atau Urban Farming di Iskandar Malaysia meliputi empat kawasan yang dikenalpasti iaitu
Johor Bahru, Kulai, Pasir Gudang dan Tebrau. Urban Farming Development Centre (UFDC) akan diwujudkan oleh IRDA untuk memberi panduan, galakan dan serta sokongan kepada mereka yang terlibat - RM1 juta
Bantuan Pendidikan
74. Meneruskan Biasiswa Kenangan Dato Onn (BKDO) bagi menggalakkan pelajar dari keluarga miskin terus cemerlang dalam pendidikan dengan peruntukan tambahan RM 240 ribu. Melibatkan 400 orang pelajar baharu - RM990 ribu
75. Menambah peruntukan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPTA kepada anak Johor daripada keluarga berpendapatan bulanan maksimum
RM4 ribu, mensasarkan 3,000 orang mahasiswa baharu – RM1.5 juta

SUMBER : FB MB Besar Johor

0 comment... add one now