Bajet Johor 2016 Dasar Kelestarian Johor

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 

Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Teras 5 :  Dasar Kelestarian Johor

Dasar Kelestarian Johor


TERAS KELIMA: MENGANGKAT AGENDA JOHOR LESTARI
Dasar Kelestarian Johor
89. Melancarkan satu Agenda Besar alam sekitar yang mapan iaitu
Dasar Kelestarian Johor – RM 1.3 juta

Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim
90. Menggerakkan komitmen terhadap kelestarian melalui Majlis Teknologi Hijau & Perubahan Iklim yang akan merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang relevan - RM 100 ribu
Masyarakat Rendah Karbon
91. Melaksana Pelan Low Carbon Society meliputi Program Pembinaan Kapasiti, Program Pemantauan Karbon dan Program Komuniti Hijau
di bawah 5 PBT di dalam kawasan Iskandar Malaysia.
Pemeliharaan Gajah
92. Membina Pusat Santuari Gajah Johor bernilai RM 15 juta dengan fokus kepada keperluan program pemuliharaan habitat alam sekitar serta pelaksanaan pendekatan pengekalan kelestarian hidupan liar terutamanya gajah. Peruntukan permulaan – RM 500 ribu
Pemeliharaan Dugong
93. Memelihara biodiversiti Johor bagi dengan menjaga kepentingan hidupan marin istimewa melalui pengwujudan Pelan Pengurusan Dugong Laut & Tapak Santuari Dugong - RM 1 juta
Tabung Amanah Hidupan Liar
94. Mewujudkan Tabung Amanah Hidupan Liar Terperangkap Negeri Johor bagi menyokong segala usaha pemuliharaan hidupan liar dengan dana melalui caj RM1 bagi setiap ekar kepada 87 buah syarikat perladangan yang beroperasi di kawasan seluas 701,046 ekar.

Sumbangan Perparitan oleh Pemaju
95. Meningkatkan 150% kadar wang sumbangan perparitan oleh pemaju:
i. Majlis Bandaraya/Perbandaran - RM10,000 setiap ekar
ii. Majlis Daerah - RM5,000 setiap ekar
Pelan Tindakan Banjir
96. Mewujudkan pelan tindakan banjir bagi tujuan mengenal pasti kawasan banjir kilat di seluruh Negeri Johor serta merangka penyelesaian jangka masa pendek dan panjang untuk menanganinya - RM 1 juta

0 comment... add one now