Bajet Johor 2016 Agenda 2 Dasar Johor Prihatin

Bajet Johor 2016 telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. 
Berikut diantara Intipati Bajet 2016 di bawah Dasar Johor Prihatin.

Bajet Johor 2016 Agenda 1 Projek Kehidupan - Klik Bajet 1

AGENDA 2: DASAR JOHOR PRIHATIN
Pekerjaan Golongan Berkelainan Upaya (OKU)
10. Membuka peluang pekerjaan kepada OKU di setiap PBT. Setiap PBT diwajibkan menerima penempatan minimum 2 orang pekerja berkelainan upaya mengikut kelayakan.
Bajet Johor 2016 Agenda 2
Sukan OKU
11. Menubuhkan Sekretariat Sukan OKU khusus bagi memberi fokus kepada latihan dan pembangunan atlit di kalangan golongan OKU
- RM 200 ribu
Kebajikan OKU
12. Program Home Help Service akan memanfaatkan 448 penerima termasuklah sekumpulan warga emas – RM 162 juta
Pusat Aktiviti Warga Emas
13. Mewujudkan 2 buah lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) masing-masing di Pontian dan Kota Tinggi menjadikan jumlah PAWE di Johor bertambah kepada 8 buah – RM 300 ribu
Pusat Kebajikan Warga Emas
14. Membina Pusat Jagaan Orang-orang Tua yang baharu di Taman Perling, Johor Bahru melalui MAINJ – RM 10 juta
Infrastruktur Kebajikan
15. Bagi memperkasakan fungsi dan operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kompleks Penyayang berharga RM 50 juta akan dibina
di Kempas dengan peruntukan awal Kerajaan Persekutuan -RM 1.8 juta
Agenda Wanita
16. Mengiktiraf peranan golongan wanita, 2 inisiatif - RM 250 ribu:
i. Pertama: Penyediaan kursus kemahiran melibatkan 1000 orang wanita golongan berpendapatan rendah; dan
ii. Kedua: Bantuan peralatan kepada 50 wanita bagi menggalakkan mereka memulakan perniagaan.

17. Program-program Kerajaan Persekutuan, penghakupayaan wanita ditumpukan kepada 3 bidang utama:
i. Pembangunan usahawan wanita;
ii. Peningkatan kemahiran; dan
iii. Kepimpinan wanita.
Pembangunan Keluarga Bukan Islam
18. Pembangunan keluarga bukan Islam melalui satu inisiatif khas iaitu Program Kasih di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) untuk manfaat 1,500 orang peserta - RM 100 ribu
Masyarakat India
19. Program Inklusif Masyarakat India digandakan pada tahun hadapan. Peningkatan 50 % atau 2 juta berbanding tahun lalu – RM6 juta. Peruntukan khas ini adalah untuk membiayai ikhtiar-ikhtiar berikut:
a. RM 1.5 juta bagi aktiviti kebajikan,
b. RM 2 juta bagi program keusahawanan,
c. RM 1 juta bagi tujuan baik pulih SJK Tamil; dan
d. RM 1.5 juta bagi tujuan pendidikan.
Sekolah Cina
20. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina di Johor diperuntukkan bagi tujuan baik pulih prasarana - RM 2 juta
Kesukarelawanan
21. Merancakkan pelbagai aktiviti kesukarelawanan dalam masyarakat
– RM 2 juta
22. Melalui Program Johor Future, aktiviti kesukarelawan akan disebarluas sehingga ke peringkat DUN. Mensasarkan golongan pelajar sekolah menengah yang akan menamatkan persekolahan melalui penganjuran pelbagai aktiviti fizikal dan riadah yang menarik. Program ini akan turut memberi pendedahan tentang kerjaya dan pelbagai inisiatif
Kerajaan Negeri – RM 488 ribu
Gerakan NGO
23. Meneruskan pemberian geran bagi menggerakkan pelbagai NGO di Johor dengan lebih aktif– RM 3 juta
Perkhidmatan Bas Percuma
24. Melebarkan jaringan Perkhidmatan Bas Percuma Johor Di Hatiku dengan kerjasama 4 PBT iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
- RM 11 juta
Penambahan Perkhidmatan Bas
25. Menambah dan memperluaskan inisiatif pengangkutan awam di bawah jenama Trans-Johor melalui tambahan 10 laluan baharu bagi menghubungkan pelbagai desa dan bandar di 7 daerah, iaitu Mersing, Segamat, Kota Tinggi, Batu Pahat, Muar, Pontian dan Kluang. Diuruskan oleh anak syarikat JCorp iaitu Syarikat Pengangkutan Maju Berhad.
Infrastruktur Awam - Dewan Muafakat Johor
26. Membina 23 buah Dewan Muafakat Johor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) - RM 70 juta
Antaranya:
i. Dewan Muafakat Johor Taman Pulai Utama, Skudai -RM 10.5 juta;
ii. Dewan Muafakat Johor di Majlis Perbandaran Batu Pahat
- RM 13 juta; dan
iii. Dewan Muafakat Johor di Majlis Daerah Yong Peng - RM 4.5 juta
Infrastruktur Awam - Free Wifi
27. Menerus dan memperluaskan Program Johor Free Wifi dengan cakupan 135 hotspot di dalam 16 PBT - RM 4.4 juta
Infrastruktur Awam - Program Air Percuma
28. Menerus dan memperluaskan Program Air Percuma 25 meter padu melalui Syarikat Air Johor (SAJ) melibatkan penerima dalam senarai
E-Kasih dan Jabatan Kemajuan Orang Asli, mensasarkan manfaatnya kepada kira-kira 5000 penduduk – RM 3 juta
Infrastruktur Awam – Projek Bekalan Air
29. Melaksanakan Projek utama bekalan air negeri Johor, antaranya pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Buluh Kasap (Segamat); Pagoh (Muar); dan Kahang (Kluang). Penggantian paip lama di sekitar Johor akan turut dilaksanakan - RM 430 juta
30. Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (BAKAJ) akan menjalankan Kajian Bekalan Air yang mapan. Fokus kepada kaedah pengawalan bekalan serta pelaksanaan zon penampan di kawasan tadahan air.
31. Pembangunan sumber air Negeri Johor melalui RMK-11 - RM 57 juta
Merangkumi:
i. Kajian Kemungkinan bagi Pembangunan Sumber Air ke Iskandar Malaysia dan di Lembangan Sungai Muar;
ii. Kajian Kemungkinan dan Impak Alam Sekitar bagi pembinaan Empangan Mersing; dan
iii. pembangunan infrastruktur seperti pembinaan baraj serta empangan dan menaiktaraf empangan.
Infrastruktur Awam – Jalanraya
32. Membina 150 km rangkaian jalan kampung baharu dan menaik taraf jalan kampung yang sempit sepanjang 70 km. 70% daripada tumpuan projek akan melibatkan kawasan seperti Pontian, Batu Pahat, Muar dan Ledang - RM 50 juta
33. Memperuntukkan bagi penyelenggaraan rangkaian jalan-jalan negeri di Johor – RM 600 juta
Penempatan Setinggan
34. Menyelesaikan masalah setinggan dengan mengenal pasti kawasan-kawasan setinggan yang boleh dikurniakan hakmilik melalui Jawatankuasa Taskforce Perumahan Negeri Johor yang telah ditubuhkan di setiap daerah. 3 inisiatif akan dijalankan:
i. Mengeluarkan senarai nama kampung dan kawasan setinggan yang bakal memperoleh hakmilik tanah.
ii. Menyelesaikan isu pemilikan lebih kurang 136 penduduk Kg. Desa Perwira (30 ekar) susulan proses pengambilan tanah di Kem Tebrau yang sedang berjalan
iii. Meluluskan permohonan 4,560 pemohon yang terdiri daripada 4,213 pemohon tanah pertanian dan 347 pemohon tapak bangunan kediaman atau rumah kedai. Melibatkan pemberian 23 kawasan, 5540 ekar tanah pertanian serta 20 ekar tapak rumah kediaman dan kedai. Antara kawasan:
i. Kulaijaya, yang melibatkan Kg Bukit Ibol,
ii. Kluang, yang melibatkan Jln Padang Tembak,
iii. Labis, yang melibatkan Tanah Umum Bekok,
iiii. Kota Tinggi , yang melibatkan Mukim Ulu Sg Johor
(Kg Sri Aman & Kawasan Ulu Tebrau), Mukim Sedili Besar
(Kg Gemereh)
Institusi Awam – Mahkamah Rendah Syariah
35. Membina Mahkamah Rendah Syariah Kluang dan membaikpulih Mahkamah Syariah Muar – RM 33.8 juta
Institusi Awam – Pejabat Daerah Baharu
36. Membina Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah baharu melalui kaedah pengswastaan:
i. Kluang – RM 18 juta
ii. Kulai - RM 60 juta

37. Pembinaan Pusat Pentadbiran Daerah Ledang yang baharu di Tangkak di atas tanah milik Kerajaan Negeri seluas 4 ekar - RM 48 juta
Pusat Dokumentasi Johor
38. Menubuhkan Pusat Dokumentasi Johor untuk menyimpan penulisan-penulisan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan berkaitan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor dan Persatuan Penulis Johor
- RM200 ribu
Skim Elaun Insentif Khas
39. Pemberian Elaun Insentif Khas kepada kumpulan pengurusan dan profesional berjawatan tetap (JCS); dan telah berkhidmat melebihi lapan tahun ke atas yang tidak diberi kemudahan kenaikan pangkat secara time based berkuatkuasa 1 Januari 2016. Akan dipanjangkan kepada PBT dan Badan-badan Berkanun Negeri tertakluk kepada kemampuan kewangan dan amalan masing-masing - RM 1,911,700 setahun
40. Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam negeri dan memanjangkan pelaksanaan pemberian satu insentif pergerakan gaji kepada semua penjawat awam pada tahun 2016 tertakluk kepada garis panduan dan pekeliling yang akan diselaraskan dengan Kerajaan Persekutuan.
Institusi Awam – Hospital
41. Tiga projek pembangunan kemudahan kesihatan akan dilaksanakan:
i. Hospital Baharu -
• Hospital Awam di Pasir Gudang - RM 500 juta
• Hospital Pakar KPJ di Sri Gading - RM 60 juta
ii. Menaiktaraf Hospital Segamat (Fasa 1) – RM 50 juta
iii. Klinik –
• Klinik pergigian di Kluang – RM 4.7 juta
• 3 buah lagi Klinik 1Malaysia – RM 600 ribu
Kebajikan Orang Asli
42. Pembinaan dan naik taraf surau-surau serta balai Islam di 17 buah Perkampungan Orang Asli antaranya di Kampung Orang Asli
Teluk Jawa, Kampung Orang Asli Temon dan Kampung Orang Asli Kuala Masai – RM 5.5 juta
Kebajikan Muallaf
43. Pembinaan Darul Ukhwah di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru oleh MAINJ yang akan berfungsi sebagai institut latihan dan dakwah risalah Islam - RM 20 juta
Institusi Awam – Stadium
44. Menyediakan tanah untuk dipajakkan bagi pembinaan sebuah stadium bola sepak di Nusajaya. Ia akan merangkumi komponen seperti stadium yang berkapasiti antara 40–45 ribu penonton, ruang-ruang perniagaan serta kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.


SUMBER : FB MB Besar Johor

0 comment... add one now