Bajet Johor 2016 Agenda 1 Projek Kehidupan

Bajet Negeri Johor tahun 2016 telah dibentangkan pada hari Khamis, 19 November 2015 pada jam 930 pagi. Berikut adalah Intipati Bajet Johor 2016 untuk panduan semua.


TERAS PERTAMA: MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
AGENDA 1: PROJEK KEHIDUPAN

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
1. Pengambil alihan tanah untuk dijadikan tapak perumahan Bumiputera dan RMMJ di bandar-bandar Johor akan dilaksanakan secara
besar-besaran - RM 150 juta



Bajet Johor 2016


Skim Subsidi Pembinaan / Pembaikan Rumah
2. Program Rumah Mesra Rakyat Johor akan dilaksanakan bertujuan memberi subsidi bagi membantu mereka yang berhasrat membina dan menambah baik kediaman di atas tanah milik sendiri. Subsidi
RM 20 juta akan diberikan melalui 3 skim bantuan berdasarkan harga dan keluasan rumah:

  • i. Bantuan RM 10,000 bagi rumah berharga RM64,000 seunit;
  • ii. Bantuan RM12,500 bagi rumah berharga RM72,500 seunit; dan
  • iii. Bantuan RM 15,000 bagi rumah berharga RM85,000 seunit.
3. Penambahan sebanyak 14 ribu unit, menjadikan jumlah sasaran RMMJ adalah 60 ribu unit, menjelang 2019. Sebahagiannya akan dilaksanakan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC):
i. Kumpulan Prasarana Rakyat Johor - 1,083 unit:

  • • Kg. Melayu Pandan, Johor Bahru - 260 unit;
  • • Desa Larkin, Johor Bahru - 280 unit
  • • Kulai - 493 unit; dan
  • • Kota Tinggi - 50 unit

ii. YPJ Holdings – 1,179 unit (Pengerang)
iii. Johor Corporation (JCorp) - Johor Land Sdn Bhd:

  • • Kg. Londang Batu, Mersing – 156 unit;
  • • Bandar Dato’ Onn – 500 unit; dan
  • • Bandar Baru Majidee – 400 unit.

iiii. PIJ Holdings – 1,035 unit:

  • • Larkin – 121 unit;
  • • Stulang Baru – 333 unit;
  • • Jalan Datin Halimah – 71 unit;
  • • Jalan Muafakat Uda – 60 unit
  • • Teluk Jawa – 106 unit; dan
  • • Bukit Mambai Labis – 344 unit

v. KEJORA – 691 unit:

  • • Perumahan Tersusun Kampung Paya, Layang-layang - 127 unit;
  • • Kampung Tuan Seh – 78 unit; dan
  • • Taman Penawar Harmoni, Bandar Penawar – 486 unit.
Perumahan Islam
4. Membina 3 Taman Perbadanan Islam baharu:

  • i. Pasir Gudang - 600 unit;
  • ii. Muar – 400 unit;
  • iii. Stulang Baru – 330 unit.
Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
5. Pembinaan 1,194 unit PPA1M oleh YPJ Holdings di Bandar Akademi YPJ, Kota Tinggi dan Pengerang.
Projek Perumahan Rakyat (PPR)

6. Membina PPR baharu di kawasan Bandar Tenggara (500 unit)
- RM 65 juta
Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor
7. Memperkenalkan Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor usahasama dengan AmBank Islamic Berhad
– RM 300 juta (Kerajaan Negeri & AmBank Islamic Berhad)
Sistem Permohonan RMMJ
8. Mulai 2016, pendaftaran dan permohonan RMMJ hanya perlu dibuat di atas talian di www.erumah.johor.gov.my. Dokumen sokongan hanya perlu dikemukakan setelah pemohon menerima tawaran.
Perumahan Asnaf
9. Meneruskan Skim Bantuan Zakat bagi maksud perumahan asnaf oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Dibangunkan secara bersepadu dan menjadi perkampungan Asnaf dengan kemudahan seperti surau, gerai perniagaan dan taman permainan - RM 27 juta

i. Pembinaan rumah baharu – 250 unit.
ii. Pembaikpulihan rumah sedia ada – 100 unit.
iii. Program Rumah Transit secara sewa beli dan pembinaan unit baharu di 3 lokasi:

  • • Tapak Perumahan PPR Bukit Kepong - 32 unit;
  • • Mukim Gemerih, Segamat - 20 unit; dan
  • • Pungai, Kota Tinggi - 20 unit.
SUMBER - FB MB

0 comment... add one now