Bacaan Doa Qunut Solat Subuh

Berikut ini adalah bacaan doa qunut solat Subuh dalam tulisan Arab dan rumi beserta dengan terjemahannya. Umum sedia maklum mengetahui yang doa qunut subuh di baca pada iktidal rakaat kedua. Hukum membaca doa qunut adalah sunat ab’ad (sunat yang amat sangat dianjurkan dan hampir wajib).

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh

Doa Qunut


Bacaan dalam bahasa rumi:-

Allahummah dinii fiiman hadait, 
wa’aafini fiiman ‘aafait, 
wa tawallani fiiman tawallait, 
wa baariklii fiiman a’tait, 
wa qinii syarra maa qhadhait, 
fainnaka taqdhi walaa yuqdhaa ‘alaik, 
fa innahu la yazillu man waalait,
walaa ya’izzuman ‘aadait, 
tabaarakta rabbana wata’alait, 
falakal hamdu ‘alaa maa qhadhait, 
astaghfiruka wa atuubu ilaik, 
wa sollallahu ‘alaa saiyidinaa Muhammdanil ummiyyi wa’alaa aali wa sohbihi wassallam.

Maksudnya:

“Ya Allah! Tunjukilah daku sebagaimana orang-orang yang telah Dikau berikan hidayah. Sejahterakanlah daku sebagaimana orang yang telah Dikau sejahterakan. Muliakanlah daku sebagaimana orang-orang yang telah Dikau muliakan. Berkatilah segala yang telah Dikau kurniakan kepadaku. Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang telah Dikau tetapkan. Sesungguhnya Dikau Yang Maha Menentukan dan tiada seorang jua pun yang dapat merubah ketetapan-Mu. Sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang Dikau muliakan dan tidak mulia orang yang Dikau musuhi. Demi berkat-Mu, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Dikau!  Hanya bagi-Mu segala pujian atas apa-apa yang Dikau tetapkan. Daku memohon ampun kepada-Mu dan daku bertaubat kepada-Mu. Semoga Allah merahmati Muhammad, Nabi yang Ummi dan atas keluarga dan sahabat Baginda kesejahteraan.“

Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut dalam Bacaan Doa Qunut Solat Subuh hendaklah dibaca dan ditukar, manakala orang-orang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada kalimah kalimah tersebut, makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Amin sahaja.:-
 

"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
''Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"

TERLUPA UNTUK BACA DOA QUNUT

Perkara ini sering berlaku kepada kita ketika solat subuh iaitu terlupa untuk baca doa qunut dan terus sujud. Jadi SAH atau TIDAK solat kita.

Solat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun disunatkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat aba’ad.

 

CARA MELAKUKAN SUJUD SYAHWI

Sujud syahwi dilakukan selepas selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.
Melakukan sujud sebanyak dua kali.
Pada kedua-dua sujud berikut hendaklah membaca tasbih ini:

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ

Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu

Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa


Moga Bacaan Doa Qunut Solat Subuh di atas bermanfaat kepada kita semua.

1 comment... add one now

Ace Maxs31 Ace Maxs31 November 13, 2015
makasih pencerahaannya
http://goo.gl/Chk3FM