Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat Dan Maksud

Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat Dan Maksud Doa yang disunatkan di baca sewaktu permulaan solat adalah Doa Iftitah. Iftitah bermaksud pembuka. Ianya dibaca di mana-mana solat yang fardhu. Hukum membacanya pula adalah sunat. Jika tidak melakukannya, tidak perlu sujud sahwi. Berikut adalah bacaan doa Iftitah dan maksudnya beserta bacaan rumi sebagai panduan bersama. 

Bacaan Doa Iftitah Dan Maksudnya

Doa Iftitah

Maksud Doa Iftitah

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Bacaan Doa Iftitah dalam rumi


Allahu akbar kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila.Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin.Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin.La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.


0 comment... add one now