Tenaga Nuklear - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 6

Tenaga Nuklear - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 6. Berikut disertakan nota ringkas Sains untuk Tingkatan 4 Bab 6 bertajuk Tenaga Nuklear.

1. BAB 6 : TENAGA NUKLEAR

  • 6.1 Bahan Radioaktif
  • 6.2 PenghasilanTenaga Nuklear dan Kegunaannya
  • 6.3 Pengendalian Bahan Radioaktif yang sempurna
2. 6.1 Bahan Radioaktif
1. Bahan radioaktif ialah unsur yang :-
  • i.  Nukleusnya tidak stabil
  • ii. nukleusnya mereput secara spontan
  • iii. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)
Tenaga Nuklear

3. 6.1 Bahan Radioaktif
1. Bahan radioaktif juga ialah bahan yang mengandungi radioisotop.
2. Karbon-14, kobalt-60 dan iodin-131 merupakan contoh bahan radioaktif.
3. Radioisotop ialah isotop yang mengandungi nukleus yang tidak stabil dan mengalami proses pereputan radioisotop.
4. Proses pereputan radioaktif ialah proses yang menukarkan nukleus yang tidak stabil kepada nukleus yang lebih stabil dengan mengeluarkan sinaran radioaktif.
 

4. Jenis Sinaran dan kegunaanya
1.Jenis Sinaran Radioaktif
 

5. 2. Kuasa penembusan sinaranradioaktif
 

6. 3. Kegunaan Sinaran radioaktif
a) Dalam Industri
- Mengesan kebocoran paip
- Mengawal ketebalan kertas secara automatik
b) Dalam Pertanian
- mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan(fosforus -32)
Sinar gama digunakan untuk meransang mutasi dalam tumbuhan dan haiwan bagi menghasilkan tanaman yang lebih cepat matang, ketahanan penyakit dll. 

Tenaga Nuklear - Nota Sains Tingkatan 4 Bab 6


0 comment... add one now