Syarat Kelayakan Dan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Terkini

Syarat Kelayakan Dan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Terkini. Berikut disertakan Syarat Kemasukan Murid ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik terkini Aliran Perdana dan Aliran sebagai panduan kepada pelajar yang berminat menyambung pengajian ke KV dan SMT seluruh Malaysia.

  • Panduan Permohonan Kolej Vokasional dan SMT Sesi Januari 2017 klik KV 2017

permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Terkini

SYARAT KEMASUKAN PERMOHONAN SESI JANUARI 2017 TERKINI

A. Murid Lepasan PBS : Aliran  Perdana/ Akademik/ Agama 

Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :
  • PT3 : Pentaksiran Pusat
  • PS : Pentaksiran Sekolah
  • PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  • PPsi : Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Syarat Permohonan
  • Institusi dan kursus yang ditawarkan : Klik KV/ SMT, ILKA/ILKS dan GIATMARA

B. Murid Lepasan PAV 

Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.

SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2016

ALIRAN PAV

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)

Calon adalah
  • Warganegara Malaysia;
  • Calon   merupakan   murid   Program   Pendidikan   Asas   Vokasional   (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon  bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi,  kencing manis,   sawan (epilepsy),   kecacatan dan lain-lain   penyakit   yang   boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon  bidang  elektrik  dan  elektronik, awam,  industri  kayu  dan  pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA

ALIRAN PERDANA

SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

SYARAT UMUM
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon  mestilah  murid  yang  bersekolah  di  Sekolah Menengah Kerajaan /Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon  telah  menduduki Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah  (PBS) yang merangkumi Pentaksiran  Pusat  (PT3),  Pentaksiran Sekolah  (PS),  Pentaksiran Aktiviti   Jasmani,   Sukan   dan   Kokurikulum
  • (PAJSK) serta   Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon  bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi,  kencing manis,   sawan (epilepsy),   kecacatan dan lain-lain   penyakit   yang   boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  • Calon bebas daripada masalah mental; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS

Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu  dan sekurang-kurangnya gred D bagi  mata  pelajaran  Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu,    Bahasa    Inggeris,    Sains,    Matematik,    dan    Kemahiran    H
idup (Pentaksiran Sekolah-PS).

SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) - ALIRAN TEKNIKAL

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

SYARAT UMUM :
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon   telah   menduduki   Pentaksiran   Berasaskan   Sekolah   (PBS) yang merangkumi  Pentaksiran  Pusat  (PT3), Pentaksiran  Sekolah  (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon  bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi, kencing manis,   sawan (epilepsy),   kecacatan dan   lain-lain   penyakit   yang   boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan kursus dipohon; dan
  • Calon bidang  *Kejuruteraan  Mekanikal,  Kejuruteraan  Elektrik  dan  Elektronikserta Kejuruteraan Awam mestilah TIDAK RABUN / BUTA WARNA.

SYARAT KHUSUS KURSUS SMT

syarat khusus smt

Anda boleh merujuk kepada file KV SMT 2016 untuk melihat lebih lanjut syarat umum dan khusus terkini bagi kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Seorang peminat komputer, blogger dan dunia IT

Blogger
Leave A Reply

23 comments

Adakah saya layak untuk masuk ke kolej vokasional sekiranya keputusan pt3 saya adalah 3A 3C 2E 2F?

Balas
avatar
Nur Anis Hidayah Bt Mohd Nazari

Keputusan PT3 saye tiada yg gagal.saye mendapat 5A1B.Kh saye dpt B dan Bm saye dpt A.tapi sehingga kini saye masih belum mendapat sebarang inform untuk ke temu duga di kv yg saye pohon.knp yea?..sedangkan saye begitu berminat akan kemahiran yg saye telah pohon.

Balas
avatar
Anonymous

Bagaimanakah saya hendak tahu keputusan sama ada saya diterima atau tidak.bilakah sesi temu duga?


Balas

Tidak semua KV mengadakan temuduga. Sila rujuk KV yang anda mohon samada program temuduga ada diadakan.

Balas

Keputusan KV/SMT boleh disemak pada 18 Jan 2016. Boleh rujuk di http://www.ideaberita.com/2015/12/semakan-keputusan-kolej-vokasional-smt-2016-online.html

Balas
avatar
Anonymous

Saya mendapat 6A2D untuk keputusan PT3 saya. D ialah sains dan matematik. Sekiranya saya memohon untuk mengambil kursus kesetiausahaan pentadbiran, adakah saya berpeluang untuk mengambil kursus tersebut?

Balas
avatar
Anonymous

saya stresss kerana tidak berjaya

Balas
avatar
Anonymous

nama saya tiada dalam apdm boleh tak saya meminta rayuan untuk masuk

Balas
avatar
Anonymous

rayuan boleh buat bila2 masa kan encik?

Balas
avatar
Anonymous

jika saya gagal dalam pt3,adakah saya bolih buat rayuan ?

Balas

Bila permohonan kv akan buka......

Balas

Kalau aliran agama boleh dk nk masuk ??hehe.. just asking

Balas

assalamualaikum.......saya begitu minat degan kv disebab kan oleh saya seorang pelajar yang cenderung kepada kerja amali.....lebih2 lagi dalam bidang auto motif........soalan saya bila saya boleh mendaftar nama saya untuk kemasukan kv ambilan 2017

Balas

assalamualaikum.......saya begitu minat degan kv disebab kan oleh saya seorang pelajar yang cenderung kepada kerja amali.....lebih2 lagi dalam bidang auto motif........soalan saya bila saya boleh mendaftar nama saya untuk kemasukan kv ambilan 2017

Balas
avatar
Anonymous

Saya tinggal di Terengganu tapi saya memohon untuk ke Kolej Vokasional di Batu Pahat, Johor. Bolehkah permohonan saya ini? Susah untuk diterima atau memang tak boleh? Mohon pencerahan

Balas

Klau tingkatan 5 boleh tak masuk kV?

Balas

Klu nk masuk kv dia ade ujian tak? Mcm mrsm dia ade ujian kemasukan..klu kv ad tak? Saya harap awak balas pertanyaan saya ni☺

Balas

Kalau saya tidak lulus dalam pt3 ? Boleh kah saya masuk ke kv ?

Balas

assalamualaikum.
saya mendapat 8 A dlm PT3 , sains dapat D. Bolehkah saya memohon untuk kejuruteraan elektrikal ataupun mekanikal.

Balas

Kalau D math A sains boleh ke msuk kv??

Balas

Adik cuba apply Institut Latihan Perindustrian atau mana-mana pusat latihan swasta seperti IWT di klang

Balas

Mcm mana nk tgk tarikh temuduga kv ni ya

Balas

Assalamualaikum..ermm yuran sekolah menngah teknik brape ye asrama punye..?

Balas