Tarikh Pembayaran Bantuan Persekolahan RM100 Sesi Tahun 2017. Dalam pembentangan Bajet 2017,
semua pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang layak akan menerima bantuan
awal persekolahan berjumlah RM100. Walau bagaimanapun bermula tahun
2016, bantuan persekolahan RM100 adalah terhad kepada pelajar di mana pendapatan isi rumah berjumlah RM3,000 dan ke bawah sahaja.
Kepada pelajar yang menerima bantuan persekolahan, sila gunakan dengan berhemah.
Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bantuan Persekolahan 2017
Bantuan Wang Persekolahan 2017 ini dijangka dapat dimaanfatkan kepada lebih kurang 3.5 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak RM350 juta. Pembayaran akan dibuat pada tarikh sekitar bulan Januari 2017 secara berperingkat di seluruh sekolah di Malaysia.
- Tarikh : Akan dikemaskini (Tahun 2016 pada 20 Januari 2016)
- Jumlah : RM100
- Syarat Baru : Keluarga berpendapatan bawah RM3,000. Penjaga berpendapatan isi rumah RM3,000 dan keatas tidak layak
Kepada pelajar yang menerima bantuan persekolahan, sila gunakan dengan berhemah.