Soalan Percubaan SPM 2015 BM Kertas 1

Soalan Percubaan SPM 2015 BM Kertas 1. Berikut disertakan soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bagi Bahasa Melayu/ Malaysia Kertas 1 untuk Negeri Kedah.

BAHAGIAN A (30 Markah)

Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah berjimat cermat dalam kehidupan seharian. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
trial spm 2015 bahasa melayu

Kehendak soalan
  • 1. Pelajar perlu menghuraikan faedah-faedah berjimat cermat dalam kehidupan seharian. 
  • 2. Pelajar mesti menjawab berdasarkan maklumat yang diberikan: 
  • - mengurangkan perbelanjaan 
  • - memupuk sikap berdikari 
  • - menambah simpanan 
  • 3. Sekiranya calon tidak mengambil langsung isi yang diberikan, maksimum peringkat kepujian 
  • 4. Sekiranya calon mengambil satu isi yang diberikan dan ditambah dengan isi yang lain, layak diberikan cemerlang.  

BAHAGIAN B (100 Markah)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan
  • 1. Penggunaan telefon bimbit seolah-olah menjadi kemestian dalam kalangan pelajar walaupun mendatangkan pelbagai implikasi. Jelaskan impllkasi penggunaan alat komunikasi tersebut kepada pelajar.
  • 2. Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu kejadian penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa. Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.
  • 3. Semangat kejiranan merujuk aspek kesefahaman dan hubungan erat sesama Jiran. Kerajaan telah melancarkan slogan 'Jiran Sepakat Membawa Berkat' untuk mengembalikan semangat kejiranan yang kian luntur dalam kalangan masyarakat di negara ini. Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat. Tulis rencana anda itu selengkapnya.
  • 4. Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat. Bincangkan.
  • 5. Anda telah membaca banyak kisah tentang kejayaan tokoh tertentu dalam bidang perniagaan yang diceburi. Kebanyakannya bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan dan banyak cabaran yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan, bak kata peribahasa berakit-rakit ke hulu; berenang-renang ke tepian. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Soalan Percubaan SPM 2015 BM Kertas 1

0 comment... add one now