Punca Dan Cara Mencegah Keracunan Makanan

Punca Utama Terjadi Keracunan Makanan. Keracunan makanan terjadi akibat daripada memakan makanan yang tercemar dengan bakteria, virus, organisma-organisma lain, bahan kimia, haiwan-haiwan yang beracun seperti ikan buntal atau juga tumbuh-tumbuhan beracun seperti cendawan beracun dan sebagainya.

Tanda-Tanda Keracunan Makanan

Tanda-tanda dan gejala keracunan makanan biasanya adalah seperti berikut:
  1.     Muntah
  2.     Cirit-birit
  3.     Mual atau loya
  4.     Sakit perut
  5.     Ada kalanya pesakit juga boleh demam
Keracunan Makanan
Bayi, warga tua dan mereka yang mempunyai daya tahan terhadap penyakit yang rendah seperti pesakit-pesakit kronik mudah mendapat keracunan makanan. Jangkitan yang teruk boleh menyebabkan sakit yang teruk dan ada kalanya pesakit memerlukan rawatan di wad. Seseorang yang dijangkiti akan mendapat tanda dan gejala antara beberapa jam sehinggalah 72 jam dari masa mereka mengambil makanan atau minuman yang tercemar itu. Mangsa juga boleh jatuh sakit dari beberapa jam hinggalah tujuh hari.

Cara Mencegah Keracunan Makanan

Untuk mencegah keracunan makanan kita haruslah:
  • Makan di premis makanan yang bersih dan diiktiraf melalui sistem penggredan. Kalau gerai itu gred A, gred B dan C, pilihlah untuk makan di gerai gred A.
  • Elakkan makan di gerai-gerai tepi jalan, penjaja atau premis makanan yang kotor.
  • Makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna.
  • Berhati-hati apabila memakan makanan yang separuh masak terutama sekali makanan laut .
  • Minum minuman yang diambil dari sumber yang bersih seperti air yang telah dimasak, air di dalam botol, air mineral dan sebagainya.

Punca Terjadi Keracunan Makanan

  1. Terdapat tiga sebab utama kenapa makanan atau minuman itu tercemar. Pertama sekali, pengendali makanan itu sendiri tidak mengamalkan kebersihan termasuk kebersihan diri, kebersihan peralatan untuk mengambil makanan dan juga kebersihan makanan itu sendiri. 
  2. Yang kedua makanan yang tidak dimasak sempurna ataupun tidak sempurna khususnya makanan laut, makanan-makanan yang berasaskan haiwan seperti telur, daging, ayam, susu dan hasil tenusu. 
  3. Yang ketiga, penyimpanan makanan, bakteria boleh membiak dengan cepat dalam suhu bilik. Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan pertambahan bakteria dengan cepat. Mana kala makanan yang panas mesti disimpan pada suhu yang tetap dan tidak boleh kurang daripada 60 darjah Celsius. Makanan yang sejuk boleh dimakan terus, mestilah disimpan pada suhu di bawah 4 darjah Celsius.
Keracunan makanan, anda boleh mencegahnya.

Info Sihat

0 comment... add one now