Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 Tingkatan 1 Dan 4

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 Tingkatan 1 Dan 4. Permohonan kemasukan ke SBP 2017 untuk pelajar UPSR dan PT3 tahun 2016 akan di buka secara online mengikut tarikh berikut. Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 dan 4 akan dikemaskini selepas applikasi permohonan di buka secara online. Sila layari laman web KPM di Portal Rasmi KPM untuk sebarang keterangan lanjut mengenai permohonan ini.

Permohonan SBP 2017 Tingkatan 1 Dan 4 online

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2017

  • TARIKH BUKA  :  15 OKTOBER 2016
  • TARIKH TUTUP  :   15 NOVEMBER 2016
  • APPLIKASI PERMOHONAN  :  Klik (https://sst1.moe.gov.my/)
  • Pemohon perlu mengisi nombor angka giliran/ nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem permohonan
  • SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN : Akan dikemaskini

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2017

TARIKH BUKA  : 1 DISEMBER 2016
TARIKH TUTUP : 30 DISEMBER 2016
APPLIKASI PERMOHONAN  : akan dikemaskini (https://sst4.moe.gov.my/)

Permohonan Kemasukan 2017 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4


  • Permohonan  ke  SBP tidak  bersyarat kecuali  dibuka  untuk  murid Tahun Enam (6) tahun 2016 di Sekolah Kebangsaan dan Tingkatan Empat (4) 2016 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bnatuan Kerajaan
  • * Permohonan kemasukan ke SBP  TIDAK MEMERLUKAN pengesahan   mana-mana   pihak   atau   dihantar   ke mana-mana   SBP. 
  • Calon     tidak     perlu     menghantar     sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana-mana SBP
  • Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil Kokurikulum kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia, Anda boleh semak di SINI 

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1) SBP 2017

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016
  4. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4) SBP 2017

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
  3. Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam PBS
  4. Aktif kokurikulum

PANDUAN PERMOHONAN KE SBP 2016

SYARAT KELAYAKAN MENGHADIRI TEMUDUGA :

  • PENCAPAIAN 5A DALAM UPSR 2015
  • TELAH MENDAFTAR SECARA ONLINE DI KPM 
  • KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PELAJAR YANG AKTIF DALAM KOKURIKULUM DAN KEPIMPINAN SEHINGGA PERINGKAT ANTARABANGSA, KEBANGSAAN DAN NEGERI.

KEPERLUAN SEMASA TEMUDUGA :

  • Kad pengenalan pelajar
  • Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa
  • Sijil Asal UPSR 2015
  • Sijil Asal Peperiksaan Percubaan
  • Sijil Asal Peperiksaan Akhir Tahun, Tahun 5
  • Sijil Asal Peperiksaan Sekolah Agama (Jika Ada)
  • Sijil-sijil Asal Kepimpinan dan Kokurikulum

PAKAIAN MENGHADIRI TEMUDUGA :

  • Pakaian Sekolah Rendah

Catatan : Sila bawa keperluan alat tulis semasa menghadiri sesi temuduga. 

SEMAKAN TARIKH KEPUTUSAN SBP 2016

  1. Keputusan  pemilihan  dan  penempatan  ke  Tingkatan  Satu  (1)  SBP diumumkan    selewat-lewatnya    dalam    tempoh 27    hari setelah keputusan  UPSR  diumumkan. Tarikh rasmi : 14 Disember 2015 
  2. Manakala  ke  Tingkatan  Empat, dalam tempoh  30  hari  dari  tarikh  empat  (4)  pelaporan  PBS  Tingkatan  Tiga (3) dikeluarkan
Selamat membuat Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 Tingkatan 1 Dan 4. Semoga anda berjaya memasuki SBP, antara sekolah berasrama terbaik di Malaysia.

2 comments.. read them below or add one

Anonymous Anonymous December 18, 2015
assalamualaikum admin...kenapa permohonan tingkatan 4 sbp sesi 2016 hanya 7 buah sbp sahaja yg akan menawarkan pelajar baru sbp tingkatan 4...kenapa baki 62 buah sbp yg lain tidak menerima pelajar baru tingkatan 4...saya harap supaya admin dpt menjelaskannya
Idea Berita Idea Berita December 20, 2015
Rujuk di sini ada banyak FAQ
http://www.panduanmalaysia.com/2015/09/permohonan-kemasukan-sbp-2016-tingkatan-1-dan-4-online.html