Permohonan Kolej Vokasional Dan SMT 2017 Online

Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sesi Januari 2017 Online. Bila tarikh permohonan KV dan SMT 2017? Permohonan online kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Ambilan Januari 2017 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2016 akan dibuka pada 11 Oktober 2016 (Selasa) sehingga 20 Disember 2016. Pada tahun lepas, permohonan kemasukan telah dibuka bermula dari 5 Oktober 2015 hingga 20 Disember 2015; 11.59 malam. 

  • Syarat Kelayakan dan Kemasukan KV dan SMT, Klik SMT & KV
     
permohonan kv dan smt 2017

Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Januari 2016 Online

Program yang ditawarkan ialah :

A. Program Kolej Vokasional

Program ditawarkan di :-
  1. Kolej Vokasional KPM
  2. Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) - Auto Prima Technology Sdn. Bhd, Septronic Skills Training Centre, Enter Coridor Training Centre, Akademi APFT Maintenance Training, PPKS Ilmu Sdn. Bhd, JT Akademi Sdn. Bhd
  3. Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) - KKTM Masjid Tanah

B. Aliran Teknikal

Ditawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik

C. Program Kemahiran

Program Sijil Kemahiran Malaysia di Pusat GIATMARA yang terpilih di seluruh Malaysia dan WISDEC Sabah

Cara Buat Permohonan Online

Sila klik permohonan berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2016 seperti berikut:-

1. Murid Lepasan PBS : Aliran  Perdana/ Akademik/ Agama 

Murid yang menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :
  • PT3 : Pentaksiran Pusat
  • PS : Pentaksiran Sekolah
  • PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  • PPsi : Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Klik PBS untuk memohon
  • Syarat Permohonan
  • Institusi dan kursus yang ditawarkan : KV/ SMT, ILKA/ILKS dan GIATMARA

2. Murid Lepasan PAV 

Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.

Syarat Umum

  • i. Warganegara
  • ii. Tingkatan Tiga Tahun 2015
  • iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
  • iv. Bebas daripada Penyakit Kronik
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di
Alamat BPTV:
Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. No. Telefon : 03-88845154
*Sekiranya calon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Semakan Keputusan Kemasukan Ke KV Dan SMT 2017

  • Calon   boleh   menyemak   keputusan   dalam laman   sesawang   KPM,   di   alamat http://www.moe.gov.my mulai 19 Januari hingga 24 Januari 2017.
  • Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. 

Permohonan Rayuan kemasukan

  • Untuk calon yang tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan bermula dari 26 Januari sehingga 28 Februari 2017
Maklumat Permohonan Kolej Vokasional Dan SMT 2017 Online ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan KV dan SMT untuk kemasukan Januari depan.

1 comment... add one now

Ira Huzir Ira Huzir November 25, 2016
Nak tnye lah... Klo x daftar pkai online boleh x? Mne nak dpt borng ek?