Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 1 Online

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2017 Semenanjung Malaysia, Sarawak Dan Sabah. Dipetik dari Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA) di ruangan terkini dan pengumuman, permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM 2017 (Maktab Rendah Sains MARA : Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka mulai 13 September 2016 untuk pelajar Darjah 6 (UPSR) tahun 2016

Permohonan MRSM Tingkatan 1 2017 Online

Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 1 Online

  • Panduan permohonan kemasukan akan dikemaskini selepas applikasi permohonan di buka. Sebagai panduan, pelajar boleh merujuk kepada panduan permohonan tahun 2016 di bawah ini.

Pelajar tahun enam (6) yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2015 dan mendapat keputusan yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) MRSM 2016 secara online.

Panduan Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2016 Tingkatan 1 Online

  • Tarikh Permohonan ke MRSM 2016 Tingkatan 1 adalah dari 19 Oktober sehingga 8 November 2015
  • Applikasi Permohonan MRSM Tingkatan 1 2016 - Klik MARA
  • * Maklumat Kemasukan :
[Iklan Permohonan] [Permohonan Semenanjung Ting.1] [Permohonan Kemasukan Sabah& Sarawak Ting.1] [Panduan Permohonan Ting.1]
  • 1. Pemohonan kata laluan secara percuma boleh di buat secara talian di https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
  • 2. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan
  • 3. Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di hantar ke alamat di bawah ini :-
(Permohonan Ke Tingkatan 1 2016)
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 20 November 2015

Syarat Permohonan Dan Maklumat Tambahan

  1. Memperolehi keputusan minimum 3A 2B dalam UPSR 2015. Gred A bagi matapelajaran Sains dan Matematik
  2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Permohonan tidak berjaya jika tiada sebarang jawapan diterima sehingga 30 April 2016

Rayuan MRSM 2016

  1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). 
  2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
  3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi
Nota 
  • Permohonan ke SBP 2016 Tingkatan 1 dan 4 boleh klik di SBP 2016
  • Permohonan MRSM 2016 Tingkatan Empat (4) - Klik MARA Empat
  • Permohonan Kolej Vokasional Dan SM Teknik klik KV SMT 2016  
Selamat membuat Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 1 Online. Semoga anda berjaya.

0 comment... add one now