Kesan-Kesan Gejala Suka Berhibur Kepada Golongan Remaja

Berikut disertakan sampel jawapan karangan SPM mengenai Kesan-Kesan Gejala Suka Berhibur Kepada Golongan Remaja. Remaja  kini  gemar  berhibur.  Hal  ini  amat   membimbangkan  semua pihak kerana remaja merupakan aset penting kepada negara. Bincangkan kesan-kesan gejala suka berhibur kepada golongan remaja. 

Contoh Karangan SPM Kesan-Kesan Gejala Suka Berhibur Kepada Golongan Remaja

Sampel  pendahuluan  :   

Mengunjungi  pusat-pusat  hiburan  dan  pusat  beli-belah, mencuri-curi  masuk  ke  pusat  video,  bersengkang  mata  sehingga  larut  malam, merempit  dan  mendengar  hiburan  yang  melampau  telah menjadi  sebahagian daripada  kegilaan  remaja  masa  kini.   

Mereka  sanggup menghabiskan  wang  saku, malah rela berhutang - berbaris semata-mata untuk mendapatkan cakera padat atau alat permainan video. Segala-gala yang dilakukan hanya berkiblatkan keseronokan dan  hiburan.  Demikianlah  gambaran  remaja  hedonistik  yang  sedang  melanda masyarakat masa kini. 
karangan spm
Sebenarnya aktiviti melampau yang mengejar hiburan seperti itu  lebih  banyak  mengundang  padah  kepada  remaja.  Mereka  akan  hilang  segala-galanya dalam usia yang mentah akibat kemarukan hiburan yang melampau-lampau.

Isi-isi cadangan : (kesan-kesan negatif)

  • Isi 1:  Melahirkan remaja pemuja hedonisme – timbul gejala lupa agama, budaya, asal usul, dan etika murni – hilang matlamat hidup kerana sekadar memenuhi nafsu dengan perkara-perkara yang penuh ilusi dan fatamorgana.
  • Isi  2:   Mencemari  nilai-nilai  murni  kesopanan  dan  kesusilaan  –  hilang  sifat  budi bahasa  –  cuba  mencari  kepuasan  dengan  melakukan  apa-apa  jua  tindakan  yang boleh menyeronokkan tanpa mempedulikan larangan agama, adat, dan kesusilaan
  • Isi  3:   Terlalu  membazir  masa  –  tiada  minat  belajar,  berpelisiran  dan bergelandangan, berkawan  dengan  remaja  seanutan  yang  tiada  hala  tuju  – menempah masa depan yang gelap.
  • Isi 4:  Tidak minat belajar – gagal dalam pelajaran, putus cita-cita dan hidup tanpa panduan yang jelas
  • Isi 5:  Merugikan wang ringgit dan harta benda – berbelanja tanpa had semata-mata untuk  memenuhi  nafsu  gila  berhibur  –  tamsilan  pengembara  yang  dahaga  yang meminum air laut, selagi diminum bertambah dahaga.
  • Isi  6:   Menimbulkan  pelbagai  angkara  negatif  –  pergaulan  tanpa  had,  bergaduh, merosakkan harta benda awam, mengganggu ketenteraman awam dan menjatuhkan imej negara, masyarakat dan budaya bangsa yang murni.

Sampel kesimpulan :  

Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata, “Petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat  mencintai hiburan”. Kata-kata tersebut memberi amaran bahawa, sesiapa jua terutama remaja haruslah berwaspada dengan hiburan yang keterlaluan kerana sikap seumpama itu boleh mendedahkan bangsa tersebut kepada kemusnahan.

SUMBER
.

0 comment... add one now