Usaha Menangani Masalah Gejala Ponteng Sekolah



Berikut disertakan sampel jawapan karangan SPM mengenai Usaha Menangani Masalah Gejala Ponteng Sekolah.

Contoh Karangan Usaha Menangani Masalah Gejala Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyak berlaku di sekolah-sekolah. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut. 

Sampel pendahuluan : 

Hasrat untuk mengangkat martabat pendidikan negara menjadi “Pendidikan bertaraf dunia” atau pendidikan sebagai penjana mentaliti berkelas dunia merupakan hasrat yang amat murni. Dalam arus globalisasi dan peranan Malaysia yang begitu aktif di peringkat dunia, hasrat seperti ini bukanlah suatu perkara yang mustahil. 
contoh jawapan karangan spm
Pada hari ini, Malaysia telah menjadi destinasi kepada limpahan pelajar asing yang menuntut di pelbagai institusi awam dan swasta. Namun demikian, di sebalik kejayaan Malaysia menjadi hub pendidikan bertaraf dunia, masalah dalam rumah tangga sendiri pula yang menjadi duri dalam daging. Masalah tersebut ialah gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. 

Masalah ini bukan lagi menjadi isu kecil tetapi telah menjadi isu nasional apabila saban hari ribuan remaja yang mengambil kesempatan untuk ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, saya berpendapat pelbagai usaha hendaklah diambil untuk menangani gejala tersebut daripada terus menjadi isu negara.

Isi-isi cadangan :


  • Isi 1 : Usaha pihak sekolah – sentiasa mencari kaedah terbaik dan terkini agar sekolah menjadi syurga kepada pelajar dan P&P menjadi santapan rohani pelajar (pelajar senang dan selesa ketika P&P) – menuntut kreativiti, kerja kuat guru-guru
  • Isi 2: Usaha ibu bapa – acap kali menjadikan agenda pelajaran sebagai topik utama yang dibincangkan di dalam rumah – anak-anak selalu disogok dan diberi jaminan akan berjaya apabila ada ilmu – mendorong anak-anak ke sekolah
  • Isi 3 : Kesedaran pelajar – pelajar hendaklah mempunyai matlamat tentang masa depan dengan cara menuntut ilmu – kesedaran yang perlu lahir dari dalam setelah digerakkan oleh pihak luar (guru, ibu bapa, dan masyarakat)
  • Isi 4: Sokongan daripada rakan-rakan – rakan menjadi penggerak rakan sebaya untuk sesuatu kejayaan – mewujudkan doktrin dan slogan setia kawan “Sama-sama Kita Bangun dan Berjaya” – pelajar akan lebih seronok ke sekolah apabila sering menerima dorongan rakan
  • Isi 5: Sokongan daripada masyarakat – masyarakat setempat hendaklah memiliki kesedaran tentang kepentingan wahana ilmu – sentiasa bercakap tentang kelebihan ilmu dan ilmu sebagai pembuka laluan kerjaya – mendorongi pelajar untuk berlumba-lumba mencari ilmu
  • Isi 6 : Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar yang mesra ilmu kepada pelajar  menyediakan pelbagai institusi mengikut keperluan semasa (mempelbagaikan aliran dan bidang) – sistem pendidikan harus berganjak daripada sistem yang berorientasikan peperiksaan semata-mata kepada sistem yang berpaksikan minat , latar belakang dan kebolehan pelajar – mengelak pelajar berasa bosan dengan sistem yang selalu menekan diri mereka.

Sampel kesimpulan : 

Mafhum daripada sepotong ayat suci al Quran yang bermaksud, “Adakah sama golongan yang berilmu dengan yang tidak berilmu (jahil)?”. Pernyataan tersebut membuktikan bahawa ilmulah yang akan membezakan martabat dan nilai diri seseorang itu. Oleh itu, gejala ponteng sekolah hendaklah diperangi dengan apa-apa cara jua agar sindrom kejumudan tidak terus-menerus menyerang masyarakat negara kita. Kebodohan ialah suatu kecelakaan yang akan menjahanamkan sesuatu umat itu.

0 comment... add one now