Cara-cara Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Guru

Cara-cara Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Guru

SOALAN : Jasa guru atau cikgu amat besar kepada bangsa dan negara. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah cara untuk kita menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh golongan pendidik ini.

Cara-cara Menghargai  Jasa Dan Pengorbanan Guru

Pengenalan

Golongan pendidik amat penting dalam mewujudkan modal insan yang berkualiti.
  • - mendidik para pelajar tanpa mengenal erti jemu.
  • - mengajar dengan bersungguh-sungguh tanpa mengira waktu dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran

Idea-idea Utama

Pelbagai cara dapat dilakukan oleh para pelajar dalam mengenang jasa mereka.
  • - lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
  • - meningkatkan imej mereka dan juga sekolah pasti berbangga kerana berasa dihargai
  • - Sentiasa menurut nasihat dan pesanan mereka.
  • - mengamalkan nilai-nilai murni walau di mana kita berada
  • - tidak menimbulkan sebarang masalah baik di sekolah mahupun di rumah
  • - berasa gembira kerana mampu mendidik kita dengan sempurna
terima kasih cikgu

Bersikap ringan tulang sewaktu bersama-sama guru di sekolah.
  • - membantu mereka tanpa disuruh dan penuh ikhlas
  • - menghantar buku-buku kerja di pejabat guru
  • - bekerjasama dalam projek keceriaan di sekolah

Berhubung dengan mereka walaupun telah tamat alam persekolahan.
  • - menelefon mereka untuk bertanya khabar
  • - mengucapkan selamat Hari Guru pada setiap tahun
  • - hubungan antara para pelajar pasti tidak akan putus

Menjadi insan yang berguna dan berjaya dalam kehidupan.

  • - melanjutkan pelajaran hingga Menara Gading
  • - menjawat jawatan yang tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta
  • - tidak terlibat dalam gejala sosial dan menjadi sampah masyarakat

Penutup

Guru ibarat sebatang lilin yang membakar diri untuk menerangi kehidupan insan lain.
  • - jasa dan pengorbanan mereka mestilah dikenang sampai bila-bila
  • - tanpa mereka kita pasti tidak ke mana-mana
  • - tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit

0 comment... add one now