JDT Cuti Peristiwa Esok 1 November 2015

JDT Cuti Peristiwa Esok 1 November 2015.

Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mencipta sejarah negara apabila menjuarai Piala AFC 2015 selepas menumpaskan FC Istiklol, 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Central Republican Dushanbe di Tajikistan sebentar tadi. Jaringan tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Leandro Velázquez pada minit ke-23  hasil tendangan sudut Safiq Rahim.

Sehubungan dengan itu, esok merupakan cuti kepada rakyat Negeri Johor susulan pengumuman daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor di Laman FB Johor Southern Tigers :-

JDT Cuti Peristiwa Esok 1 November 2015
Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari esok, Ahad 1hb November 2015 sebagai cuti khas peristiwa untuk seluruh negeri Johor sekiranya kemenangan berpihak kepada pasukan Johor Darul Ta'zim pada perlawanan akhir Piala AFC menentang FC Istiklol hari ini. Perlawanan yang dijadualkan pada jam 5.00 petang waktu tempatan di Stadium Central Republican, Dushanbe Tajikistan ini juga merupakan satu kejayaan buat JDT apabila berjaya mara hingga ke peringkat akhir dan pastinya lebih manis seandainya dapat membawa pulang piala tersebut ke Johor. Bersama-sama kita mendoakan kejayaan dan kemenangan berpihak kepada Johor Darul Ta'zim. 

YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor

0 comment... add one now