FAQ Soalan Lazim Pengambilan Murid Ke SBP 2017

FAQ Soalan Lazim Permohonan Pengambilan Murid Ke SBP 2017. Berikut disertakan soal jawab pertanyaan atau FAQ bagi pengambilan murid ke Sekolah berasrama penuh (SBP) tahun 2017. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada soalan lazim SBP 2017 ini jika menghadapi sebarang masalah dalam permohonan. Permohonan Tingkatan 1 dibuka buat pelajar UPSR manakala Tingkatan 4 untuk murid PT3 2016.

soalan lazim permohonan sbp 2017

FAQ Soalan Lazim Pengambilan Murid Ke SBP 2017

Berikut dikongsikan soalan lazim berkaitan permohonan kemasukan ke SBP 2017. Untuk makluman PENGAMBILAN MURID SBP 2017 akan di buka mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2017

  • TARIKH BUKA  :  15 OKTOBER 2016
  • TARIKH TUTUP  :   15 NOVEMBER 2016
  • APPLIKASI PERMOHONAN  :  sila klik https://sst1.moe.gov.my/

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2017

  • TARIKH BUKA  : 1 DISEMBER 2016
  • TARIKH TUTUP : 30 DISEMBER 2015
  • APPLIKASI PERMOHONAN  : Klik https://sst4.moe.gov.my/
Berikut di antara soalan-soalan yang selalu atau kerap di tanya oleh pemohon SBP 2017 :-

1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?
  • Permohonan kemasukan ke SBP boleh dicapai melalui Aplikasi Dalam Talian/ on-line sepenuhnya melalui laman sesawang; www.moe.gov.my
2. Siapakah yang boleh memohon?
  • Murid Tahun Enam 2016 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan
  • Murid Tingkatan Tiga 2016 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau
    Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
3. Bolehkan murid Tingkatan Dua, Empat dan Lima memohon?
  • SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.
4. Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR diumumkan?
  • Boleh memohon sebelum keputusan diumumkan
5. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?
  • Pemohon perlu merujuk pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.
6. Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?
  • Pemohon hanya perlu memasukkan nombor angka giliran/ nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem 
7. Apakah syarat pemilihan murid ke SBP? 

Pemilihan Murid Tingkatan 1:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016
  • Aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  • Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam PBS
  • Aktif kokurikulum
8. a) Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Tahfiz Model Ulul Albab?
  • Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.
b) Apakah syarat untuk terpilih ke SBP Tahfiz Model Ulul Albab?
  • Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan  memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon-calon layak yang telah dikenalpasti akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan 
9. Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?
  • Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.
10. Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan
penglibatan dalam Kokurikulum?

  • Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
11. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?
  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.
  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke TIngkatan Empat SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan PT3 diumumkan.
12. Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?
  • Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
  • Murid boleh membuat permohonan apabila e-Rayuan dibuka. 
13. Bilakah e-Rayuan dibuka?
  • e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama. 
Untuk FAQ yang lengkap sepenuhnya, pemohon boleh memuat turun file dalam PDF di FAQ SBP.

  • Untuk persoalan lain yang lengkap, Sila download di SBP 2016

Selamat membuat permohonan kemasukan ke SBP tahun 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan nanti.

0 comment... add one now