Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa - Sejarah Bab 3 SPM

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 SPM Bab 3 - Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa. Berikut disertakan Nota Ringkas Sejarah SPM bertajuk Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa. Untuk nota Sejarah SPM yang lain, sila rujuk di SINI.

BAB 3 – KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA


1. Negara
  • Negara – wilayah yg mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yg berwibawa.
  • Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Sejarah Bab 3 SPM
2. Bangsa
  • Merujuk kepada sekumpulan manusia yg mendiami sesebuah wilayah.
  • Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.


3. Kerajaan
  • Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
  • Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
  • Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.


4. Perlembagaan
  • Peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yg menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara.
  • Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.


CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA


1. Wilayah Pengaruh
  • Wilayah - Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum.
  • Wilayah Pengaruh – kawasan yg rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.
  • Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Timur Sumatera.


2. Kedaulatan
  • Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.
  • Kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan yg dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
  • Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.


3. Lambang-lambang
  • Lambang Negara – Simbol atau tanda yg mempunyai ientiti sesebuah negara.
  • Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
  • Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.


4. Keunggulan Undang-Undang
  • Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
  • Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat.
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
  • Hukum Kanun Melaka – mengandungi 44 fasal yg menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan masyarakat.
  • Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan undang-undang keluarga.
  • Undang-Undang Laut Melaka – berkaitan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.


5. Rakyat
  • Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
  • Sebagai tanda ketaatan , rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.


6. Kerajaan
  • Badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yg dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.


UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR.


1. Latar Belakang
  • Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar.
  • Dikuatkuasakan pada tahun 1895.


2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
   Johor.
  • Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
  • Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor.
  • Agama Islam sebagai agama negeri.
  • Raja hendaklah berbangsa Melayu
  • Lelaki
  • Beragama Islam
  • Merupakan waris pemerintah Johor
  • Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.
  • Raja berhak memilih menteri Besar.
  • Naib menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.


3. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.


4. Majlis Negeri – mempunyai kuasa perundangan  dan Jemaah Menteri – mempunyai kuasa pelaksanaan.


5. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu raja dan Jemaah Menteri mentadbir negeri dan rakyat.


6. Jemaah Menteri teriri daripada 8 hingga 12 orang pegawai kanan kerajaan yang menjadi anggota Majlis Negeri. Mereka berbangsa Melayu,  beragama Islam dan merupakan rakyat Johor.


7. Pengisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran  Johor bagi menghalang rancangan British  menguasai negeri Johor.


SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN


1. Latar belakang
  • Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).
  • Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kelantan.
  • Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.


2. Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan.


  • Jemaah Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
  • Jemaah Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
  • Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
  • Jemaah Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.
  • Jemaah Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
  • Jemaah Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
  • Jemaah Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
  • Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.


UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU


1. Latar Belakang
  • Pada 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
  • Dikenali juga sbg Ittiqan-Il muluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada pemerintah yg berdasarkan keadilan.
  • Tujuan – untuk menghalang British yg sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.


2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
   Terengganu.
  • Pemerintahan beraja bercorak raja berperlembagaan.
  • Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam.
  • Berbangsa Melayu.
  • Lelaki.
  • Merupakan waris Sultan yg memerintah Terengganu.


3. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
   dan Jemaah Menteri.


4. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan
   mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu,
   rakyat Terengganu serta mengaku taat setia
   kepada sultan dan kerajaan.


5. Majlis Mesyuarat kerajaan diketuai oleh Menteri
   Besar yg dilantik oleh Sultan.


6. Jemaah menteri berhak memilih Naib Menteri
   Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.


7. Ahli Mesyaurat kerajaan bertanggungjawab
   membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk
   mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan
   peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat,  
   menjaga keamanan negeri dan menjalinkan
   hubungan dengan negeri lain.


8. Waris sultan atau menteri dilarang mengkhianati
   pemerintah negeri dan ditegah menyerahkan
   negeri kepada kuasa lain.


UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU MENGANDUNGI FASAL BERIKUT
  • Perlantikan Raja
  • Syarat menjadi Raja
  • Waris takhta
  • Tertib Raja
  • Zuriat Sultan
  • Raja yang belum cukup umur.
  • Tegahan kepada raja
  • Sara hidup kerabat iraja
  • Menteri
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  • Tanggungjawab pembesar
  • Kedudukan Agama Islam
  • Ketaatan kepada pemerintah
  • Kesalahan khianat kepada negeri
  • Pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besar
  • Kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan
  • Mengadakan perjanjian
  • Hubungan kerajaan denga kerajaan lain.


NEGERI SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN.


1. Latar Belakang
  • Negeri Sembilan teriri drpd  9 buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
  • Paa abad ke 18, Negeri Sembilan mempunyai rajanya sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran Yamtuan Besar.
  • Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yg bentuknya mirip persekutuan sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  • Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berasarkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan berada ditangan rakyat.
  • Mengikut hieraki Adat Pepatih, perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yg kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.


UNSUR DEMOKRASI DALAM SISTEM PEMILIHAN PEMIMPIN DI NEGERI SEMBILAN.


  • Negeri Sembilan dibahagikan kepada 4 daerah atau jajahan yang disebut luak.
  • Empat luak utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol.
  • Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
  • Undang dipertanggungjawabkan melantik Yang Dipertuan Besar.
  • Lembaga pula dipilih oleh Buapak.
  • Lembaga merupakan ketua suku dan bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
  • Buapak merupakan Ketua Perut.
  • Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.
  • Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya yg berkaitan dgn adat.
  • Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada indiviu mengikut peringkat.

0 comment... add one now