Permohonan Borang SPA8i Online Lepasan SPM

Permohonan Borang SPA8i Online Lepasan SPM. Permohonan SPA melalui borang SPA8i bagi calon lepasan SPM dan yang setaraf perlu dibuat secara online. Menerusi maklumat dari Soalan Lazim Portal Rasmi SPA, permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu www.spa.gov.my di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Borang SPA8i Online

Permohonan Borang SPA8i Online

Borang SPA8i boleh didapati secara online melalui pautan berikut :-

Cara Membuat Permohonan SPA8 Online

  • 1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang online SPA8i
  • 2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru.
  • 3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8i. Anda perlu mendaftar SPA8i sebelum boleh dapatkan borang secara online.

Syarat-syarat Pendaftaran SPA8i

  • Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melaui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
  • Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga
Pemohon boleh mengemaskini SPA8i dan menyemak status permohonan pada   bila-bila masa seperti maklumat   temuduga dan peperiksaan dimana sistem ini dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari Portal Rasmi spa.gov.my

Syarat Terkini SPA

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:-
  • (a)  Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
  • (b)  Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
  • (c)  Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)

Pemohon boleh mengemaskini SPA8i    dan menyemak    status permohonan
pada   bila-bila   masa   seperti   maklumat   temuduga   dan peperiksaan  dimana  sistem  ini  dijana  secara  automatik  dalam  tempoh 24 jam

Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my

0 comment... add one now