Kesan Pencemaran Udara Terhadap Alam Sekitar Dan Manusia

Kesan Pencemaran Udara Terhadap Alam Sekitar Dan Manusia. Berikut disertakan beberapa kesan pencemaran udara terhadap kehidupan manusia, pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya.


1. KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan simptom mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.


Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Contoh bahan tersebut ialah gas ozon, ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.
Pencemaran Udara
Manakala habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia. Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ini menunjukkan, ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.


2. TUMBUHAN
Selain itu, kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun, klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

3. HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan akan menyebabkan haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

4. BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus. Selain itu, hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.

5. PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kanser kulit. Selain itu, pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

6. HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid. Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric. Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.

Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia. Akibat daripada itu, ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu, ia boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

7. KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.

Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir akan berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku

8. ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera. Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu. Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku
VIA Pencemaran

0 comment... add one now