Rayuan UPU 2016 Online IPTA Politeknik Kolej Komuniti ILKA

Rayuan UPU Ke IPTA/ Politeknik, Kolej Komuniti Dan ILKA 2016-2017 Online. Berita baik buat pemohon UPU 2016 yang gagal mendapat tawaran kemasukan Ke UA (IPTA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2016/ 2017, permohonan erayuan melalui UPU Online untuk lepasan SPM/ setaraf akan di buka bermula dari 26 Mei hingga 31 Mei 2016 (rayuan selama 5 hari). Rayuan untuk lepasan STPM pula akan dibuka pada minggu kedua Ogos 2016 (8 hingga 12 Ogos 2016).

Rayuan UPU 2016 Online

Rayuan UPU 2016 Online

Berikut dikongsikan tarikh penting meliputi tarikh permohonan erayuan, applikasi rayuan dan semakan keputusan rayuan UPU ke UA (IPTA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2016/ 2017. 
Pemohon yang gagal boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU 2016 selepas keputusan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA diumumkan pada 26 Mei 2016.



Tarikh Permohonan e-Rayuan UPU 2016

Berikut adalah tarikh penting permohonan rayuan UPU 2016 online seperti berikut:

1. Calon lepasan SPM/setaraf

  • Bermula 26 Mei (12 tengahari) hingga 31 Mei 2016. (Rayuan dalam tempoh 5 hari)

2. Calon lepasan STPM/setaraf

  • e-Rayuan akan dibuka dalam tempoh 5 hari sahaja iaitu mulai 8 Ogos hingga 12 Ogos 2016. Hanya calon yang gagal dalam menerima sebarang tawaran ke UA sahaja dibenarkan untuk mengemukakan rayuan.

Keputusan Rayuan UPU 2016

Tawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya/ gagal adalah seperti berikut :-
  1. Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
  2. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
  3. Memohon program luar bidang aliran
  4. Tidak melepasi temuduga
  5. Markah merit rendah
  6. Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2016 Online

Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke UA (IPTA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2016/ 2017boleh dibuat secara online dan SMS.
  1. ♦ Tarikh semakan dibuka

    ♦ Cara buat semakan

    • Semakan secara online Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah: Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016  – http://upu.mohe.gov.my/web/
    • Semakan melalui SMS Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS: Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP] Contoh: UPU  RESULT  970222016745 Hantarkan SMS ke 15888

* Nota : Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada Laman Web Rasmi UPU untuk tarikh rasmi semakan dan link applikasi permohonan rayuan. 

Selamat membuat permohonan Rayuan UPU 2016 Online IPTA Politeknik Kolej Komuniti ILKA, semoga anda berjaya.

0 comment... add one now