Permohonan HLP Dan CBBP TB Pegawai Perkhidmatan Siswazah Online 2015

Permohonan HLP Dan CBBP TB Pegawai Perkhidmatan Siswazah Online 2015. Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang memenuhi syarat untuk memohon kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dan Sarjana sesi 2016.

Iklan penawaran dibuka pada 12 Jun 2015 (Jumaat) sehingga 12 Julai 2015 (Ahad). PPPS yang berminat boleh merujuk kepada syarat-syarat dan tatacara permohonan yang disediakan dan seterusnya memohon secara atas talian (online) melalui pautan di bawah :

http://ehlp.moe.gov.my/cbbptb/index.cfm
Permohonan HLP Dan CBBP TB Pegawai Perkhidmatan Siswazah Online 2015
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak dan dikemukakan ke Bahagian Tajaan
Pendidikan sebelum atau pada 24 Julai 2015 (Jumaat).

0 comment... add one now