Cara Solat Sunat Tarawih Dan Witir Yang Lengkap

Cara Solat Sunat Tarawih Dan Witir Yang Lengkap Dari JAKIM. Solat tarawih adalah sinonim dengan Bulan Puasa Ramadhan. Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

solat tarawih
Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari
firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud:

“Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain”
dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan
segala dosanya yang telah lalu”, 

maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

Berikut disertakan cara-cara solat sembahyang Sunat Tarawih dan Witir untuk panduan kita semua. Moga ianya bermanfaat.

Panduan Dan Cara Solat Sunat Tarawih Dan Witir Yang Lengkap

* Muat turun di Cara Solat Tarawih 

0 comment... add one now